Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Omicron bantu Eropah ‘akhiri’ pandemik Covid-19?


COPENHAGEN: Penularan varian Omicron ketika pandemik Covid-19 masih memuncak boleh ‘mengakhiri’ jangkitan virus maut itu di benua Eropah.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge berkata, Eropah kini ‘dalam perjalanan untuk mengakhiri pandemik’ apabila Omicron dijangka menjangkiti kira-kira 60 peratus penduduk di benua ini menjelang Mac depan.

Katanya, sebaik sahaja penularan Omicron di seluruh Eropah reda, akan terbentuk ‘imuniti global sama ada daripada suntikan vaksin atau mereka yang memperoleh uminiti selepas dijangkiti Covid-19’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Keadaan itu sekali gus menurunkan risiko jangkitan dan akhirnya boleh mengakhiri pandemik.

“Kami menjangkakan akan ada tempoh ‘tenang’ sebelum Covid-19 menular semua menjelang akhir tahun ini, namun tidak semestinya wabak itu kembali,” katanya.

Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci turut menzahirkan pandangan yang sama apabila menyatakan trend jangkitan di negara itu ketika ini semakin menurun dan keadaan mungkin menjadi lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas beliau, sekiranya kes jangkitan di bahagian timur laut AS terus menurun, kesan positif akan dapat dilihat di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Selain itu, pejabat WHO di Afrika juga melaporkan jumlah kes jangkitan di benua itu semakin menurun, termasuk kes kematian sejak Omicron menular.

Dalam pada itu, Kluge berharap pandemik Covid-19 yang berlaku ketika ini dapat dikawal seperti musim selsema yang biasa dihadapi masyarakat dunia sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan akan timbul beberapa lagi varian baharu selepas ini. – AFP



Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement