Hi, what are you looking for?

Mamak News

Orang Asli mati dibaham harimau


GUA MUSANG: Kemeriahan sambutan perayaan menuai padi dan menangkap ikan sungai masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Sau, Pos Bihai di sini bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut dipercayai dibaham harimau hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi, mangsa, Anek Along, 40-an, dikatakan sedang menumbuk padi huma di belakang rumahnya namun hilang sebelum mayatnya dijumpai penduduk dalam hutan.

Tidak jauh dari mayat mangsa yang berlumuran darah ketika itu ialah seekor harimau belang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, mangsa disedari hilang kerana tidak menyahut panggilan anak perempuannya beberapa kali.

“Anaknya mencari bapanya di belakang rumah sebelum melihat kesan darah pada daun-daun pokok lalu meminta bantuan penduduk kampung untuk mengesan mangsa berdasarkan kesan darah ditinggalkan.

“Tidak lama kemudian mereka menjumpai mayat mangsa tidak jauh bersama harimau terbabit. Haiwan itu dikatakan lari ke dalam hutan selepas terkena lembing yang dibaling penduduk,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Choon Foo berkata, penduduk segera melaporkan kejadian itu kepada anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai.

Katanya, anggota polis tiba di tempat kejadian pada pukul 5.40 petang dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut.



Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Mamak News

0 MANILA: Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular dalam media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications