Hi, what are you looking for?

Mamak News

Orang bujang belanja RM30 sehari, 3 kali makan


PETALING JAYA – Rata-rata orang bujang berbelanja sekitar RM20 hingga RM30 sehari untuk tiga kali makan.

Menerusi tinjauan Kosmo! di Facebook hari ini mendapati, ramai di antara mereka memperuntukkan RM7 untuk sarapan, RM10 makan tengah hari dan RM10 buat belanja malam.

Menurut seorang pengguna Facebook, Azalia Azhari berkata, dia perlu menyediakan kira-kira RM300 sebulan hanya untuk perbelanjaan makan seorang diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia yang bekerja di Ipoh, Perak, mengakui pendapatan bulannya masih cukup lebih-lebih lagi hanya menyewa bilik dengan kadar sewa RM260 sebulan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Aisyah berkata, dengan RM10 dia masih mampu membeli nasi dan dua jenis lauk sebagai bekalan tengah hari di Cheras, Selangor.

Bagaimanapun, beberapa perkongsian dari pengguna lain memberitahu bagi kehidupan seorang bujang yang tinggal di kawasan tengah bandar seperti Kuala Lumpur (KL) dan Johor Bahru perlu berbelanja sekitar RM30 hingga RM50 sehari untuk tiga kali makan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara alasan yang diberi mereka adalah harga makanan di kawasan bandar utama ini agak mahal berbanding kawasan lain.

“Duduk KL, Johor Bahru aku rasa lebih RM30 sehari untuk makan sahaja, mungkin ada yang cecah RM50. Bukan memilih bab makan, tapi nasi berlauk letak ayam seketul dan sayur campur dah RM12, entahlah, tak makan lapar pula,” kongsi Syukri.

“RM30 baru duit makan, duit minyak, duit sewa, duit bayar itu ini sebulan dah habis RM1,800. Gaji RM2,000 sahaja. Nak buat simpanan pun fikir seribu kali, orang ingat orang bujang duit banyak, sedangkan kami pun ada keluarga, adik-beradik untuk dibantu,” kata Adham. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications