Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Orang cakap bodoh, Diana Danielle tetap sambung belajar


PETALING JAYA – Dianggap bodoh atau mungkin sudah berusia, semua itu tidak menghalang pelakon Diana Danielle untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kali ini, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 33, bakal mengikuti A-Level dan Diploma secara serentak dalam jurusan Biokimia dan Psikologi serta Pengurusan Perniagaan.

“Saya mula belajar kembali. A-Level dan diploma sekali jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sesetengah orang cakap bodoh tetapi saya panggil ini ‘thrist trap’ (perangkap) dalam versi pendidikan.

“Untuk konteks, dulu saya pernah masuk Bioteknologi tetapi sangat jauh dengan minat sebab mak suruh. Sekarang, saya buat Biokimia dan Psikologi dalam A-Level serta Pengurusan Perniagaan bagi diploma,” katanya menerusi aplikasi X.

Dalam masa sama, isteri kepada aktor Farid Kamil itu turut memaklumkan perancangannya selepas menghabiskan A-Level dan diploma.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rancangannya, saya akan meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Neurosains dan juga menyambung diploma dalam bidang pemasaran.

“Jangan risau, saya boleh habiskan semua ini dalam masa saya sendiri kerana saya sudah ada karier yang kukuh untuk menyelamatkan saya.

“Saya akan berkongsi hari gembira dan buruk menjadi pelajar di sini (laman X). Luangkan masa anda untuk buat saya rasa macam ada salah tetapi apa yang terbaik percaya bahawa saya akan tunaikan janji saya,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaiamanapun, Diana tidak berkongsi institusi pengajian yang dipilih untuk menyambung pengajiannya kelak.

Pada tahun 2018, pelakon filem Imaginur itu pernah mengikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat dalam bidang penerbitan filem.

Kursus yang diadakan di New York Film Academy (NYFA) di kampus Los Angeles selama dua bulan ditanggung sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebagai imbuhan kemenangannya menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Hanyut) dalam Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada 2017.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Diana juga pernah menghadiri kursus lakonan di NYFA sekitar tahun 2011 sebelum menyambung dalam bidang Produksi Siaran Langsung di National Institute Of Dramatic Art (NIDA), Australia pada 2013 sewaktu awal perkahwinan bersama Farid. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement