Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Orang Luar Kagum, Malaysia Negara Terbaik Untuk Belajar Tentang Islam


Pencipta kandungan menyarankan orang ramai untuk belajar mengenai Islam di Malaysia

Orang Luar Kagum, Malaysia Negara Terbaik Untuk Belajar Tentang Islam. Seorang pencipta kandungan dari luar negara yang dikenali sebagai Ekarina mengakui dirinya kagum dengan kelebihan yang ada pada Malaysia, terutamanya mengenai agama Islam.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok @gomalaysia, wanita itu menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara terbaik sekiranya sesiapa yang mahu mempelajari tentang agama Islam.

Bagaimanapun, menurut sumber, dia turut berkongsi beberapa aktiviti Islamik melibatkan beberapa penceramah agama dari luar negara yang pernah menyampaikan cerama di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga pernah menghadiri majlis atau ceramah

Dalam pada itu, dipercayai Ekaterina secara peribadi mengakui pernah menghadiri ceramah yang disampai oleh Omar Suleiman di Selangor, baru-baru ini.

Untuk makluman, Omar Suleiman tersenarai dalam CNN’s Top 25 Muslims American Change Makers. Pendakwah asal New Orleans, Amerika Syarikat menyambung pelajaran di IIUM, Kuala Lumpur dan telah melengkapkan pengajian PhD.

Bahkan, beliau melengkapkan pengajian akademik tersebut di Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dan Sains Kemanusiaan Abdul Hamid Abu Sulayman (AHAS KIRHS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Figura terkemuka bidang dakwah lain bakal menemui rakyat Malaysia tidak lama lagi

Bukan hanya Omar yang mengunjungi Malaysia, malah figura terkemuka dalam bidang dakwah secara global seperti Dr. Haifaa Younis dan Yasmin Migahed dijangka bakal bertemu dengan rakyat Malaysia pada bulan depan.

Dasar kerajaan Malaysia yang menggalakkan aktiviti dakwah

Sementara itu, Ekaterina turut menampilkan beberapa sedutan ucapan daripada Perdana Menteri Malaysiam Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan penerimaan negara tersebut terhadap aktiviti-aktiviti dakwah.

“Malaysia merupakan sebuah masyarakat terbuka. Alhamdulillah, suasana ini bersifat agak demokratik,” ujarnya menerusi video di laman TikTok tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini yang menjadikan Malaysia sebagai tempat yang terbaik di dunia untuk mempelajari lebih banyak perkara mengenai Islam,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, pencipta kandungan itu percaya bahawa Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan penduduk Islam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications