Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Ozil bakal beraksi dalam Liga 1 Indonesia musim depan


Mesut Ozil mencuri tumpuan peminat bola sepak Indonesia apabila kelab milik selebriti terkenal negara itu, Raffi Ahmad iaitu Rans Cilegon dikatakan mahu mendapatkan bekas bintang Real Madrid dan Arsenal tersebut ke Liga 1 Indonesia musim depan.

Rans Cilegon dikatakan telah mencapai persetujuan dengan kelab yang diwakili Ozil ketika ini, Fenerbahce yang kini beraksi dalam liga utama Turki.

Kejayaan muncul naib juara Liga 2 Indonesia musim lalu membolehkan Rans Cilegon dinaikkan pangkat ke Divisyen 1 musim ini, dan pasukan itu bercadang membawa masuk nama besar untuk memperkuatkan skuad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut CNN Indonesia, Ozil, 33, yang membantu Jerman muncul juara Piala Dunia 2014, selain menghuni tangga ketiga pada 2010 menikmati gaji 86,000 pound (RM490,000) seminggu di Fenerbahce.

“Meskipun agak mencurigakan, namun Presiden RANS Cilegon FC, Raffi Ahmad telah datang ke Turki untuk mengunjungi kelab sejak beberapa bulan lalu sebelum mencapai persetujuan dengan Mesut Ozil,” tulis media Turki, Fotospor.

Raffi dalam satu video ringkas turut mengulas peluang membawa Ozil ke dalam pasukannya menjadi lebih terbuka selepas mereka dinaikkan ke liga utama musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mesut Ozil berminat untuk menyertai Liga 1 musim depan. Saya telah berkomunikasi dengannya melalui WhatsApp dan saya boleh katakan kami telah membuat perjanjian,” kata Raffi.

Semuanya bermula dengan kunjungan ke Rans Entertainment, saluran hiburan milik Raffi Ahmad-Nagita Slavina yang mengunjungi Fenerbahce pada 2021. Ketika itu pelbagai kerjasama diterokai.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement