Hi, what are you looking for?

Sukan

P. Maniam puji persembahan anak buah sendiri


Oleh MOHD RIFAAT ABD. HAMID

JURULATIH Petaling Jaya (PJ) City, P. Maniam memuji persembahan pemainnya selepas berjaya menundukkan Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0 di Stadium Darul Aman di Alor Setar pada semalam.

Menurut Maniam, kejayaan anak-anak buahnya itu adalah kerana mengikut arahan serta memberi komitmen tinggi  sehingga menyebabkan  benteng pertahanan KDA FC berjaya dibolosi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, walaupun pada awal permainan pasukan tuan rumah mula menguasai perlawanan serta membuat beberapa serangan, tetapi itu tidak mematahkan semangat anak buahnya untuk bermain dengan baik.

“Saya memuji benteng pertahanan PJ City yang berjaya mengekang beberapa serangan daripada tuan rumah. Walaupun tuan rumah mendapat sokongan daripada penonton, tetapi anak buah saya masih dapat bertahan sehingga pasukan lawan sukar untuk membolosi gol.

“Pada separuh masa kedua, PJ City bermain dengan lebih baik dan bersemangat sehinggalah pemain gantian, V. Ruventhiran menjaringkan gol.Kemasukan pemain itu memberi masalah buat pertahanan KDA dengan kelincahannya itu,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maniam berkata, walaupun pasukan PJ City diasak beberapa kali dalam perlawanan itu, tetapi kekuatan mental pemain serta ketenangan anak buahnya mampu mengawal permainan pada malam itu.

“Walaupun benteng pertahanan sering diasak, tetapi semangat juang yang ada pada pemain saya sukar  dipatahkan. Serangan balas mengejut  yang dibuat menyebabkan pertahanan KDA FC menjadi kelam-kabut dan beberapa kali pintu gol KDA FC hampir dibolosi.

“Saya yakin dengan mengekalkan semangat dan permainan seperti yang diarahkan, kami mampu meraih beberapa kemenangan dalam perlawanan akan datang. Kejayaan menggenggam tiga mata di tempat lawan ini cukup memberi semangat kepada anak buah saya untuk bertemu dengan pasukan akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

 


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement