Hi, what are you looking for?

Mamak News

Padah Pamer Wajah Ceria Semasa Dijumpai, Lelaki Hilang Nyaris Ditinggalkan Penyelamat


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Padah pamer wajah ceria kepada juruterbang, seorang lelaki yang terkandas di Colorado, US setelah dilapor hilang hampir tidak dibawa pulang oleh pasukan penyelamat, lapor CBS News.

Jurucakap pasukan penyelamat Summit County Rescue Group, Anna Debattiste berkata, mangsa hanya melambai secara perlahan dan bersahaja sehingga helikopter mereka meneruskan pencarian tanpa mengendahkannya.

Malah menurut juruterbang helikopter, mangsa sebaliknya siap berkata, “Hai..” kepadanya tanpa menunjukkan tanda-tanda atau riak muka tertekan dan takut kerana tersesat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, pada asalnya mangsa dipercayai hilang di kawasan Surprise Lake dan Upper Cataract Lake setelah rakannya menyedari dirinya tidak pulang ke kem mereka pada Selasa lepas.

Sehubungan itu, rakannya menghubungi talian kecemasan 911 untuk mendapatkan bantuan pasukan penyelamat pada pagi Rabu keesokannya.

Menurut sumber pasukan penyelamat, mangsa itu dilapor berada di luar ‘jejak’ kerana berada di dalam kawasan hutan tebal serta kawasan berpaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, usaha pencarian di darat oleh pasukan penyelamat terpaksa mengambil masa yang lama, selain turut menggunakan bantuan helikopter Blackhawk semasa operasi.

Lokasi ditemui
Gambar via CBS News

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan sehinggalah juruterbang helikopter berkenaan mengesan kelibat seseorang – iaitu lelaki hilang itu – sebelum menghantar isyarat kepada Debattiste.

“Dia menghantar isyarat menjumpai subjek yang sepadan dengan orang hilang namun beg galasnya berwarna lain,” jelas Debattiste memetik CBS News.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak lama kemudian, kru penyelamat darat akhirnya berjaya menjumpai mangsa di lokasi kejadian dan ia adalah detik penting perlu dimanfaatkan Summit County Rescue Group.

Menurut CBS News, mangsa ditemukan dalam keadaan sejuk, letih dan dehidrasi kerana dipercayai tidak cukup air, namun kondisi badannya masih dalam keadaan baik.

Kata Debattiste, orang hilang sepatutnya perlu melambai dengan agresif serta mengangkat kedua-dua belah tangan di atas kepala berulang kali untuk menunjukkan dia mangsa yang dicari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru pasukan penyelamat menyifatkan mangsa melakukan perkara yang betul kerana dia tinggal di satu tempat semalaman dan bergerak ke kawasan yang lebih terbuka pada waktu siang.

Tindakannya itu membantu pasukan penyelamat untuk mencarinya dengan lebih mudah – walaupun awalnya dia hampir-hampir ditinggalkan kerana beri reaksi ceria dan tidak cemas.

Tambahnya, ketika menerokai kawasan luar, seseorang individu itu perlu membawa peta kompas, alat sistem kedudukan global (GPS) atau telefon pintar untuk membantu ketika berada di dalam hutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CBS News

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Lapan warga Afrika ditahan bagi membantu siasatan seorang lelaki yang maut ditetak di kawasan pusat...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Syarikat pengeluar barangan sukan Thailand, Warrix memperkenalkan bola sepak rasmi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, Piala AFF Mitsubishi Electric...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Pihak kontraktor dan bahagian projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) sedia menanggung kos...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan insiden rusuhan penyong bola sepak di sebuah stadium di Indonesia yang menyebabkan angka...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications