Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

PADU Langkah Awal Kumpul Maklumat Dari Pelbagai Pangkalan Data Ke ‘Datalake’


padu pangkalan data

PADU Langkah Awal Kumpul Maklumat Dari Pelbagai Pangkalan Data Ke ‘Datalake’

Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan langkah awal kerajaan dalam mengumpulkan maklumat warganegara dari pelbagai pangkalan data kerajaan ke dalam satu datalake.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata itu merupakan usaha terkini dalam memperkenalkan govtech (khidmat awam berteknologi tinggi) secara berperingkat dalam khidmat awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setiap aplikasi tidak lagi perlu membangunkan pangkalan data yang bertindih dan menggunakan API (application programming interface) untuk berhubung dengan PADU.

“Maksudnya, kita tidak perlu mengisi pelbagai maklumat berkali-kali untuk berurusan dengan kerajaan.

“Langkah seterusnya ialah Identiti Digital Nasional atau Digital ID yang membolehkan kemudahan single sign on (SSO).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dengan satu login, seorang pengguna boleh mengakses semua kemudahan dan aplikasi kerajaan sekali gus,” katanya di laman X pada Selasa.

Dalam pada itu, Rafizi berkata langkah seterusnya yang diambil kerajaan adalah untuk mula melaksanakan integrasi aplikasi berurusan dengan kerajaan melalui satu portal utama dan SSO menggunakan Digital ID.

Ujarnya, kertas yang menggariskan konsep dan pelaksanaan govtech secara berfasa akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada minggu depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mulai 2024, saya berharap ada tambah baik ketara kepuasan pengguna apabila menggunakan aplikasi urusan kerajaan yang lebih fokus kepada UI/UX/CX.

“Insya Allah apabila Perikatan Nasional (PN) berjaya menebuk atap sekali lagi (yang dijadualkan pada 31 Disember 202X), mereka tidak perlu fikir mengenai govtech kerana ia telah dilaksanakan dengan baik,” tambahnya.

BACA: Kredit RM100 eMADANI Anda ‘Tak Laku’ Kalau Guna Untuk Benda Ni

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau turut mengulas berkenaan dengan Digital ID yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.

Katanya, perkara tersebut semestinya menimbulkan persoalan dalam kalangan ramai susulan warganegara sudah memiliki Kad Pengenalan.

Bagaimanapun, Rafizi berkata Kad Pengenalan adalah pengenalan dan pengesahan diri secara fizikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selaras dengan usaha kerajaan agar sebahagian besar khidmat dan urusan kerajaan didigitalkan, tanpa satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang unik bagi setiap warganegara, kita perlu membuka akaun bagi setiap portal kerajaan.

“Akhirnya ini menyebabkan sistem-sistem kerajaan yang tidak bersepadu dan tidak berhubung dengan satu sama lain.

“Setiap kali kita mahu menggunakan khidmat kerajaan, kita perlu mengisi maklumat yang sama berulang-ulang kali dan kerajaan pula ada pelbagai pangkalan data bagi sistem yang berlainan, sedangkan maklumat pengenalan diri itu sama,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rafizi turut berkata Digital ID dilaksanakan dengan hasrat urusan dengan kerajaan menjadi mudah seperti menggunakan aplikasi digital lain untuk urusan harian.

Sumber: @rafiziramli/Twitter

The post PADU Langkah Awal Kumpul Maklumat Dari Pelbagai Pangkalan Data Ke ‘Datalake’ appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang...

Sukan

0 LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui saingan memburu kejuaraan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini semakin sengit selepas pasukannya berjaya melakar...

Sukan

3s MADRID – Carlos Sainz sedia membuktikan Ferrari membuat keputusan yang merugikan apabila tidak menyambung kontraknya bersama pasukan itu sebaik sahaja saingan Formula Satu...

Sukan

0 DOHA – Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menyeru barisan pemain agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’ ketika dijadual bertemu Jordan sekali lagi pada...

Advertisement