Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Pahang Rangers juara Piala Futsal Malaysia


SHAH ALAM – Pasukan Pahang Rangers mengesahkan status mereka selaku ‘raja futsal’ negara dengan menjulang trofi Piala Futsal Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 sebentar tadi.

Pada aksi final di Stadium Malawati itu, kedua-dua pasukan mempamerkan saingan cukup kompetitif apabila saling berbalas serangan dengan kedudukan berakhir 4-4 selepas tamat masa tambahan.

JDT mula mendahului seawal minit ke-2 menerusi jaringan Ekmal Sharin sebelum pasukan Pahang Rangers menyamakan kedudukan hasil ledakan Ridzwan Bakri dengan saingan 1-1.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, kegembiraan Pahang Rangers tidak bertahan lama apabila pemain berpengaruh JDT, Abu Haniffa Hasan meledak gol 2-1 hasil daripada penentuan penalti.

Bersambung pada babak kedua, Azwann Ismail hanya memerlukan empat minit untuk terus melebarkan kelebihan JDT dengan kedudukan 3-1.

Detik kebangkitan Pahang Rangers bermula apabila meledak gol pantas menerusi ledakan Saad Abdul Sani dan satu lagi jaringan menerusi penyudah Ridzwan untuk memaksa saingan ditentukan pada masa tambahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pahang pula mendahului saingan buat kali pertama menerusi ledakan pemain import, Sergio Jamur tetapi JDT menjadikan kedudukan 4-4 hasil gol Awalluddin Mat Nawi dengan aksi ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penjaga gol Pahang Rangers, Zainulzahih Sinuan muncul wira dengan tiga pemain JDT, Mohd. Firdaus Ambiah, Saad Abdul Sani dan Azwann Ismail gagal menyudah peluang masing-masing.

Ini adalah trofi kedua buat Pahang Rangers pada saingan musim ini selepas bergelar juara Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) edisi 2023 bulan lepas. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications