Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pahang Rangers Tambah Koleksi Kejuaraan


Pahang Rangers Tambah Koleksi Kejuaraan

SHAH ALAM, 10 Sept (Bernama) — Pahang Rangers FC menambah koleksi kejuaraan musim ini apabila berjaya menjulang Piala Futsal Malaysia (MFC) selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada final di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Pada penentuan penalti itu, penjaga gol Zainulzahin Sinuan muncul wira Pahang Rangers selepas menyelamatkan dua sepakan sementara pemain import dari Brazil Sergio Jamur, Akmarulnizam Mohd Idris dan Ahmad Harith Na’im Mohd Nasir masing-masing berjaya memastikan bola menerjah jaring.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zainulzahin bertindak cemerlang untuk menafikan rembatan deras ketua pasukan JDT Mohd Firdaus Ambiah dan Mohd Azwann Ismail sementara percubaan Muhammad Saad Abdul Sani terkena tiang dan hanya pemain import dari Thailand Tanatul Thadavirot berjaya menyempurnakan sepakannya.

Terdahulu, Pahang Rangers bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk mengikat kedudukan 3-3 sebelum kedua-dua pasukan sekali lagi terikat 4-4 dalam tempoh masa tambahan sekali gus pemenang perlu ditentukan menerusi sepakan penalti.

Pada tempoh permainan sebenar, JDT tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan hasil penyudah Muhammad Ekmal Shahrin seawal minit kedua sebelum Mohd Ridzwan Bakri menyamakan kedudukan buat Pahang Rangers pada minit ke-17.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JDT kemudian selesa mendahului 3-1 selepas Muhammad Ekmal menggandakan kedudukan pada minit ke-23 diikuti gol ketiga Mohd Azwann pada minit ke-36, namun gol sendiri Muhammad Saad Abdul Sani selang beberapa saat selepas itu mengurangkan defisit jaringan.

BACA: JDT Muncul 20 Pasukan Bola Sepak Terbaik Asia, Pertama Di Asia Tenggara

Mohd Ridzwan meniupkan semangat rakan sepasukan apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-39 sebelum Jamur terlepas peluang keemasan untuk menamatkan permainan lebih awal selepas gagal menyudahkan penalti yang dihadiahkan di penghujung perlawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa tambahan, Jamur berjaya menebus kekecewaannya apabila menjaringkan gol keempat Pahang Rangers pada minit ke-42 untuk pasukan mendahului buat kali pertama dalam perlawanan, namun JDT pantas menyamakan kedudukan menerusi Mohammad Awalluddin Mat Nawi dalam masa selang seminit.

Kejayaan menjuarai Piala Futsal Malaysia menyaksikan Pahang Rangers muncul juara berganda musim ini selepas merangkul gelaran Johan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dengan turut menewaskan JDT bulan lepas.

Sebagai rekod, Selangor MAC muncul juara sulung Piala Futsal Malaysia yang mula diperkenalkan musim lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Mamak News

0 Bebas Selepas Dipenjara 28 Tahun, Ujian DNA Terbaru Buktikan Lelaki Tidak Bersalah Seorang lelaki di California menarik nafas lega apabila dapat mengecapi kebebasan...

Lifestyle

0 Tikter ini didakwa flex barang yang bukan miliknya Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tikter Sering Curi Barang Roommate. Seorang wanita...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications