Hi, what are you looking for?

Mamak News

Paip Utama Salur Gas Rusia Ke Eropah Bocor, Amerika Sedia Hulur Bantuan Kepada EU


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Pegawai Kanan Rumah Putih memaklumkan Amerika Syarikat (US) bersedia membantu sekutu Eropah selepas kebocoran meletus dari saluran paip Nord Stream 1 dan 2 yang membawa gas Rusia ke Eropah Barat, lapor AFP.

“Saya tidak akan membuat spekulasi mengenai puncanya dan saya tahu rakan kongsi Eropah kami sedang menyiasat.

“Kami bersedia untuk memberikan sokongan kepada usaha mereka,” kata pegawai yang tidak mahu menyiarkan namanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata kerjasama ini adalah untuk membantu rakan sekutunya dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan gas di masa hadapan.

“Ini hanya membawa pulang kepentingan usaha kami untuk bekerjasama mendapatkan bekalan gas alternatif ke Eropah.

“Serta untuk menyokong usaha mengurangkan penggunaan gas dan mempercepatkan kebebasan tenaga sebenar dengan beralih kepada ekonomi tenaga bersih,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tiga kebocoran misteri dalam dua saluran paip gas utama, Nord Stream 1 dan 2 antara Rusia dan Eropah telah berlaku sehingga negara-negara Eropah menyiasat mengenai kebocoroan yang dialami.

Kebocoran itu dikatakan belum pernah berlaku sebelum ini dan pihak berkuasa tidak menolak bahawa ‘sabotaj’ telah berlaku.

Sumber: AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CIANJUR: Beberapa penduduk yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi gempa bumi di Cianjur di Jawa Barat terpaksa tidur...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi baru-baru ini digandingkan bersama untuk jenama terkenal, Louis Vuitton. Dalam...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLUANG – Dua remaja maut manakala enam mangsa cedera selepas terlibat dalam nahas melibatkan dua buah kenderaan di...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Pasukan Cameroon berjaya mempamerkan kebangkitan dramatik untuk mengikat wakil Eropah, Serbia selepas meraih keputusan 3-3 pada...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications