Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Pakaikan kuda barang jenama Hermes, Intan Najuwa nafi riak


PETALING JAYA – Berang dituduh riak, aktres Datin Intan Najuwa menegaskan tidak semua barangan mewah yang dimiliki hasil tajaan suami tersayang, Datuk Ahmad Azraf Azman sebaliknya, dia juga mampu untuk membelinya sendiri.

Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27,  berkata demikian apabila ada yang mula melemparkan dakwaan dia mula menunjukkan sifat angkuh selepas mengahwini lelaki kaya.

“Maafkan saya, ini saya beli menggunakan duit sendiri.

“Ingat semua barang dibeli pakai duit suami ke?” katanya dalam ruangan komen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Respons balas tersebut diberikan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu kepada seorang individu yang kurang senang melihat Intan membeli barangan berjenama mewah iaitu Hermes untuk kegunaannya  menunggang kuda.

| Kampungmamakcom
TANGKAP layar perbualan antara Intan Najuwa dengan seorang individu yang kurang senang dengan kemewahan hidup dipaparkannya dalam laman sosial

“Dia ini bangga sangat kahwin dengan lelaki kaya. Riak sungguh,” kata individu tersebut.

Sementara itu, bagi netizen lain pula mereka teruja apabila seekor kuda dipakaikan produk daripada sebuah jenama yang paling mewah di dunia.

“Seronoknya jadi kuda itu sebab boleh pakai Hermes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini kaya tahap lain. Netizen kalah dengan kuda,” seloroh segelintir individu.

Sebelum ini, Intan sering menuai perhatian ramai dalam media sosial dengan pelbagai perkongsian memaparkan kehidupan mewahnya.

Antaranya ialah Azraf pernah ‘mengangkut’ sebuah lori dipenuhi kuda di New Zealand tahun lalu.

Terdahulu, Intan selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berkenaan pada 24 Ogos tahu ln lalu di Desaru, Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Intan turut menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran berjumlah RM222,000. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement