Hi, what are you looking for?

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Untuk Keluarga B40

Mamak News

Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Untuk Keluarga B40


Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada semalam mengeluarkan sebuah kenyataan berkait persediaan Malaysia ke arah era endemik COVID-19 tak lama lagi.

Dalam kenyataan tersebut, kerajaan akan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID 19.

Usaha ini antara lain bertujuan untuk meringankan beban kewangan
perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) untuk keluarga B40

Sehubungan itu, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi :

  • Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga);
  • Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga);
  • 1 pulse oximeter,
  • 1 termometer; serta
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

BACA: [VIDEO] Lelaki Ini Kongsikan Barangan Berguna Ketika COVID-19

Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga. Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications