Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

‘Pandai siang ikan, malas masak pun tak guna’


PETALING JAYA – Pengacara juga pelakon popular, Zulin Aziz tampil mempertahankan segelintir golongan wanita yang dikecam hanya kerana tidak tahu menyiang ikan.

Perkara tersebut disuarakan Zulin atau nama penuhnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, selepas rakaman video pengacara televisyen tidak tahu cara menyiang ikan dalam sebuah program siaran langsung baru-baru ini.

Baginya, perkara sebegitu tidak sepatutnya dijadikan isu besar sehingga mencetuskan kecaman netizen dalam media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak reti siang ikan pun kena kecam. Kalau pandai siang ikan tetapi malas masak pun tidak guna.

“Sekarang beli ikan semua siap siang. Tidak perlulah semua benda hendak dikecam,” katanya dalam InstStory hari ini.

Zulin yang juga bintang drama Penjara Janji itu mengakui tidak pandai menyiang ikan malah tidak tahu memotong sayur mengikut bentuk yang sepatutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aku pun tidak reti (pandai) siang ikan dan memotong ayam.

“Memotong sayur pun adakalanya bentuk hati, segi tiga, petak, bujur dan semua ada ikut suka hati aku,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular rakaman video memaparkan seorang pengacara sebuah program bual bicara, Wanita Hari Ini dikecam kerana tidak pandai menyiang ikan diberi tugasan tersebut ketika bersiaran langsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rentetan daripada itu, ramai netizen terutama dalam kalangan kaum lelaki yang mempertikai perkara tersebut, selain membandingkan-bandingkan rutin di dapur tersebut sebagai satu bentuk sindiran buat wanita cantik dan berkerjaya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement