Hi, what are you looking for?

Mamak News

Papan Tanda SUKE Akhirnya Diturunkan, Orang Ramai Suka Hati


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Susulan dari maklum balas dan rungutan orang ramai di media sosial, papan tanda viral yang dikatakan terlalu kecil di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akhirnya diturunkan serta-merta.

Memetik dari laporan Sinar Harian, Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menerusi anak syarikatnya, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd dikatakan telah membuat satu kenyataan berhubung perkara tersebut.

Menurut kenyataan itu, papan tanda berkenaan dipasang pada gantri yang terletak di setiap 250 meter sebelum persimpangan bercabang, manakala sebagai inisiatif yang diambil pihak perunding dilantik dan syarikat, satu lagi papan tanda tambahan turut dipasang di tengah-tengah cabang simpang di atas papan tanda arah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh sebab kekangan kawasan, saiz papan tanda tambahan digunakan adalah lebih kecil berbanding papan tanda sedia ada.

Walau bagaimanapun, susulan maklum balas dan pandangan orang ramai di media sosial yang tular baru-baru ini, pihak syarikat memutuskan untuk mencabut papan tanda tambahan itu dengan serta-merta agar tidak mengelirukan pengguna lebuh raya berkenaan.

Papan tanda yang dipasang di SUKE itu juga sebenarnya masih lagi disahkan mengikut piawaian ditetapkan dan mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

SUKE Suka

Langkah pantas bertindak yang ditunjukkan oleh syarikat tersebut yang sudi menerima pandangan dan maklum balas pengguna mendapat pujian orang ramai di laman Facebook rasminya.

Orang ramai yang menerima berita positif tersebut turut suka hati lebih-lebih lagi SUKE yang dibuka kepada orang ramai sejak 16 September lalu kini masih lagi percuma untuk digunakan selama sebulan.

Meskipun begitu, bagi mengelak dari berlaku kemalangan seperti yang dilaporkan melibatkan sebuah kereta dan motosikal baru-baru ini, orang ramai diingatkan agar tidak berhenti di lorong kecemasan untuk sesi OOTD yang merupakan satu kesalahan yang boleh dikompaun sehingga RM300.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, pembinaan SUKE membuatkan orang ramai risau kerana telah menyebabkan tiga individu maut manakala seorang lelaki parah dalam kejadian struktur besi kren terjatuh di tapak pembinaannya yang terletak berhampiran Persiaran Alam Damai, Cheras.

BACA: Baru Dibuka Tak Sampai 2 Minggu, Jalan Tertinggi Di Malaysia Ini Dah Dipenuhi Dengan Sampah Sarap

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. “Baik Beli Kalau Bayar Sewa Dekat RM1k Sebulan,” Ramai Yang Kena Hadam Selagi Belum Mampu Beli Rumah Semua...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini melatih seramai 10 individu dalam kalangan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Telah banyak diperkatakan sebelum ini mengenai keburukan memakan snek ringan, kerop atau jajan yang mengandungi pelbagai perasa tiruan....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Pihak kontraktor dan bahagian projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) sedia menanggung kos...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications