Hi, what are you looking for?

Mamak News

Papsma gesa kerajaan ambil alih operasi digital pengambilan pekerja asing


PUTRAJAYA – Kerajaan digesa mengambil alih operasi sistem digital bagi pengambilan pekerja asing dan memperincikan struktur proses yang perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan eksploitasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma) berkata, pihaknya membantah monopoli yang dipraktikkan oleh segelintir agensi melalui sistem digital sedia ada dengan menggunakan sindiket yang terdiri daripada agensi pekerjaan dari negara tertentu.

“Khidmat sindiket-sindiket tersebut digunakan untuk mengeksploitasikan kemasukan pekerja asing khususnya dari Bangladesh mengakibatkan jumlah pekerja yang tiba ke Malaysia untuk bekerja adalah rendah walaupun ribuan kelulusan telah diberikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Papsma juga menyeru kerajaan manamatkan polisi merekrut oleh agensi pekerja asing dari negara sumber tersebut kerana ia tidak dijalankan dengan cara yang teratur dan mengikut lunas polisi kerajaan yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM juga perlu menekankan tentang etika dan polisi kerajaan yang sedang dipraktikan sekarang dalam urusan pengrekrutan pekerja asing.

“Ia adalah bagi menghindarkan mana-mana negara asing terlibat daripada mengganggu proses dan protokol negara kita yang kini telah terjerumus dikategori Tahap Ketiga di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam sektor pengambilan pekerja asing global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Papsma akan menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan bagi membendung sebarang aktiviti yang tidak diingini dalam proses pengerekrutan pekerja asing ke Malaysia sekaligus menamatkan segala proses monopoli dan eksploitasi pekerja asing dari negara sumber,” jelas kenyataan itu.

Tambah Papsma, pihaknya turut menyokong sebarang perjumpaan dua hala di masa hadapan di antara Malaysia dan negara-negara sumber bagi menyelesaikan masalah yang telah membantutkan dan melewatkan proses kemasukan pekerja asing.

“Sektor pekerja asing memang terkenal dengan unsur-unsur negatif sejak sekian lama maka kerajaan harus mencari jalan untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam status ILO Global sekaligus meningkatkan nama baik dan prestasi negara di mata dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sering Kena Maki Dan Paksa Buat “OT”, Lelaki Nekad Tikam Bos Hingga Mati Seorang pengawal keselamatan didakwa menikam bosnya hingga mati kerana memaksanya...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Lifestyle

0 Menang kambing dari pertandingan Lato-Lato. Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Amat tular di Indonesia, Lato-Lato...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications