Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

‘Parking’ Suka Hati Semasa Solat Jumaat, Ramai Jemaah Masjid Pentingkan Diri Sendiri


Setiap kali tiba hari Jumaat, antara pemandangan terindah dan cukup istimewa adalah ketika melihat berpusu-pusu umat Islam meninggalkan urusan dunia dan sama-sama berjemaah mengerjakan solat Jumaat di masjid.

Namun, di sebalik kemeriahan itu, sering berlaku kekecohan ketika waktu pulang dari masjid yang menyaksikan sikap segelintir jemaah yang gemar ‘parking’ sesuka hati dan keluar ‘lambat-lambat’ menyebabkan berlakunya kesesakan trafik luar jangkaan.

Perkara ini ditegur oleh Dr. Muhammad Hafiz Badarulzaman dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah menghantar penulisannya berikut di akhbar Utusan Malaysia untuk dijadikan sebagai peringatan bersama semua jemaah solat Jumaat di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Parking Solat Jumaat

SAUDARA PENGARANG,

ESOK adalah rutin mingguan diadakan solat Jumaat. Ia adalah satu kewajipan ke atas setiap lelaki Islam yang mencapai umur baligh, berakal dan bermukim di suatu tempat serta tidak mempunyai keuzuran.

Kegagalan untuk hadir menunaikan solat Jumaat tanpa sebab-sebab kukuh boleh menyebabkan seseorang itu berdosa dan dikunci hatinya sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana mengambil mudah akannya, nescaya Allah akan mengunci mati jantung hatinya.” (Riwayat Abu Daud)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sudah menjadi kebiasaan apabila ramai jemaah hadir menunaikan solat Jumaat di mana-mana masjid berdekatan, ia tidak dapat menampung kapasiti umat Islam yang ramai.

Paling ketara adalah tidak dapat menampung jumlah motosikal dan kereta kerana keluasan tempat meletak kenderaan yang terhad. Pada masa sama, kehadiran jemaah dalam memenuhi kewajipan bersolat Jumaat menyebabkan segelintir mereka terleka dengan akhlak dan adab sesama kita yang perlu terus dijaga.

Sememangnya dalam kalangan kita terpaksa meneruskan tugasan kerja hingga saat akhir menyebabkan kita lambat ke masjid. Justeru, kita sukar untuk mencari tempat letak kereta yang sesuai sehingga terpaksa meletakkan kenderaan secara berlapis-lapis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kita memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak masjid dan juga pengguna jalan raya berkaitan isu meletak kenderaan secara berlapis-lapis.

Namun, individu yang meletak kereta sedemikian perlu mempunyai akhlak yang baik dengan tidak menyusahkan orang lain.

Segelintirnya gemar keluar lewat dari masjid selepas solat Jumaat. Hal ini menyebabkan pemilik kenderaan lain menjadi mangsa keadaan akibat tingkah laku kita yang mengambil mudah dan bertindak secara sambil lewa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ubahlah sikap dan akhlak kita agar lebih berhemah dan bertimbang rasa ketika meletak kenderaan secara berlapis-lapis.

Semua pihak memahami kekangan keluasan tempat meletak kenderaan di masjid, cuma jangan kita mengambil kesempatan.

DR. MUHAMMAD HAFIZ BADARULZAMAN
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Khutbah Jumaat JAWI Siap Promo Produk Kedai Emas Dan Tawar Hadiah Istimewa?

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement