Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pasangan suami isteri muda, gigih berniaga roti canai tepi jalan


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri mengundang rasa simpati pengguna media sosial apabila sanggup bekerja keras dengan berniaga makanan ketika usia mereka yang masih muda.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bosmel di akaun TikTok, kelihatan si isteri sedang sarat mengandung berusia 20 tahun berperanan membantu suaminya dalam membungkus dan mengambil pesanan makanan.

Si suami yang berusia 21 tahun sebagai penebar roti canai pula berkata, sejak berusia 13 tahun, kehidupan dirinya sekeluarga sememangnya susah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Daripada saya umur 13 tahun, saya punya mak bapa susah. Kita nak buat duit pun susah, pergi sekolah pun susah. Tidak sihat pun kena datang juga (berniaga).

“Kadang-kadang saya buat dua syif. Pagi dalam pukul 4 pagi pun kerja, malam pun kerja. Bukan sinilah (berniaga) tempat lainlah.

“Sekarang penat tak tahu apa itu penat. Kalau dia (isteri) tak kuat, saya pun tak kuatlah,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan kedua-dua mereka berniaga dengan membuka gerai ‘foodtruck’ di Jalan Gangsa, Jitra Kedah bermula pukul 6 petang sehingga 11.30 malam.

Sehingga kini video tersebut mendapat 610,300 tontonan, 72,900 tanda suka dan 3,582 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang kagum melihat kematangan kedua-dua pasangan itu yang sanggup bekerja keras untuk mencari rezeki yang halal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Wah baru 21 tahun. Tapi gaya sangat matang. Rajin bekerja. Semoga dimurahkan rezeki mereka sekeluarga,” komen Seydudu.

“Hebat dia, 21 tahun dah ada lori ‘foodtruck’ sendiri buat bisnes. Semoga dipermudahkan segala-galanya,” komen Nurul Izwani.

“Dari umur 13 tahun menjadi dewasa kerana keadaan. Tabik abang dan kakak ni. Semoga murah rezeki kalian,” komen Maisya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Macam inikah orang kata rakyat Malaysia malas usaha. Sampai tak tahu rasa penat tu apa. Dunia ni keras. Semoga Allah selalu sayang hamba-hambanya,” komen Nur Azam. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications