Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Pasukan Kebangsaan buru Jersi Putih


PASUKAN kebangsaan Malaysia mempunyai misi besar menjelang saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 selepas bertekad menyambar Jersi Putih selaku Pelumba Terbaik Asia.

Jurulatih skuad negara, Mohd. Yusof Abdul Nasir berkata, kali ini Malaysia mempunyai barisan terkuat sekali gus yakin enam pelumba negara mampu melakukan kejutan pada perlumbaan berstatus ProSeries itu.

Katanya, pasukan kebangsaan diperkuat pelumba berpengalaman serta empat bekas pelumba Team Sapura Cycling (TSC) yang menyertai LTdL musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tahun ini apa yang boleh saya katakan, pasukan kebangsaan menghantar barisan pelumba yang berpengalaman dan saya yakin skuad ini mampu melakukan kejutan di LTdL 2023.

“Saya meletakkan harapan cukup tinggi kepada Muhammad Zawawi Azman dan dia akan memimpin pasukan ini. Zawawi dan Mohammad Nur Aiman Rosli disandarkan untuk memburu Jersi Putih.

“Kesemua mereka ini telah melakukan persiapan yang cukup lengkap dan saya rasakan peluang kita untuk mendapat Jersi Putih adalah realistik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Thailand juga pernah meraih gelaran pasukan terbaik di LTdL dan kenapa tidak kita? Jika diikutkan kemampuan  kita dengan mereka tidak jauh. Saya tak berani nak janji, tetapi saya yakin pasukan ini mampu memberikan yang terbaik,” katanya ketika  ditemui pada Majlis Pengenalan skuad Kebangsaan Malaysia di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini. 

Ketika ditanya mengenai strategi perlumbaan, Yusof mengakui skuad kebangsaan mampu memberi tentangan di Peringkat 3 meliputi perlumbaan dari Jeli ke Baling dan Peringkat 5 (Slim River – Genting Highlands).

“Dua peringkat tersebut mempunyai laluan bukit panjang dan kita cuba memberikan tentangan untuk mendapatkan masa terbaik agar kita tidak kehilangan gelaran Pelumba Terbaik Asia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita juga tak mahu pelumba negara ketinggalan jauh dengan pelumba Asia yang lain. Kalau kita mampu tawan Peringkat 3 dan 5, tak mustahil Jersi Putih milik kita,” tambah.

Petronas LTdL 2023 akan bermula di Kerteh, Terengganu pada 23 September ini dan berakhir di pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 30 September.

LTdL 2023 yang berstatus ProSeries akan menyusuri 11 daripada 12 negeri di Semenanjung, membabitkan jarak keseluruhan sejauh 1,278.1 km.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seramai 132 pelumba mewakili 2 pasukan WorldTeam, pasukan ProTeam, 11 pasukan Continental dan satu pasukan kebangsaan akan mengambil bahagian. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications