Hi, what are you looking for?

Mamak News

PATI bayar RM700 untuk masuk Malaysia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JOHOR BAHRU – Hasil siasatan ke atas enam pendatang asing tanpa izin ( PATI) yang cuba memasuki negara ini melalui perairan Pulau Pisang, Pontian, Selasa mendedahkan mereka membayar 2 juta rupiah (RM700) kepada dua tekong.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua PATI wanita berusia 25 hingga 35 tahun itu ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati dua tekong yang membawa enam PATI mendapat upah daripada ejen di Indonesia yang menjanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain itu, setiap PATI turut membayar upah kepada tekong sebanyak 2 juta rupiah bersama RM700 kepada kedua-dua tekong,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan enam PATI maut, manakala seorang lagi kritikal selain enam terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Pisang, Pontian pada kira-kira pukul 11 malam, Isnin lalu.

Bot fiber sepanjang 7.61 meter dinaiki dua tekong lelaki dan 11 PATI wanita berusia 21 hingga 35 tahun itu dipercayai bertolak dari Pulau Jaloh, Batam, Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka dipercayai mahu menyelusup masuk ke negara ini dengan melakukan pendaratan di sebuah jeti nelayan di Api-api di sini.-K! ONLINE

 



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Filem Spilt Gravy arahan Datuk Zahim Albakri Ikmal mendominasi 14 daripada 26 pencalonan pada Festival...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Kajian Terbaru Dapati Kematian Bruce Lee Mungkin Disebabkan Minum Air Terlalu Banyak Setelah hampir 50 tahun selepas kematian...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melarang kelulusan peralatan telekomunikasi baharu daripada Huawei Technologies dan ZTE...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada 4,566 pengundi yang menyongnya pada Pilihan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications