Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Patutlah Ramai Nak Pergi, Majlis Raya Ni Siap Ada Konsert Artis Terkenal & ‘Game Xploria’


Patutlah Ramai Nak Pergi, Majlis Raya Ni Siap Ada Konsert Artis Terkenal & ‘Game Xploria’

Raya pada tahun ini pastinya disambut dengan sangat meriah kerana ramai yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut bersama keluarga tersayang. Ramai yang akan ambil peluang ini untuk buat majlis rumah terbuka dan ada juga yang turut mengadakan kenduri kahwin sekali. Dah alang-alang masih mood raya, ada juga yang turut bawa keluarga bercuti untuk rapatkan hubungan sesama keluarga.

Tapi kalau korang nak betul-betul enjoy, apa kata korang bawa keluarga korang ke satu port paling menarik ni. Bukan apa, siap ada konsert artis, Zoo mini, bazaar dan macam-macam games lagi tau sesuai untuk aktiviti keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Port yang dimaksudkan itu adalah festival Raya Hijau di Gamuda Gardens pada 13 dan 14 Mei ini. Korang semua yang datang akan dijanjikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

| Kampungmamakcom

Untuk makluman, tema Raya Hijau ini dipilih untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih mengutamakan alam sekitar tau. 

Korang kalau datang Gamuda Gardens ni dan ada baju raya yang dah tak pakai dah tapi tak tahu nak buat apa dengan baju raya tu, korang boleh datang bawa untuk dikitar semula dekat sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penampilan Faizal Tahir & Shiha Zikir, dimeriahkan dengan permainan nostalgik

| Kampungmamakcom

Antara aktiviti menarik tu adalah, akan ada konsert Raya yang menampilkan Faizal Tahir dan Shiha Zikir, Property talk oleh Ahyat Ishak. 

Permainan nostalgia lama seperti congkak, batu seremban, batik canting, Bazaar raya (food truck dan kedai pop up) turut dibawakan dekat sini. Kalau korang nak tahu permainan nostalgia lama ni semua diperbuat daripada barangan kitar semula tau. Lain dari lain sangat. Yang lagi menarik, Zoo mini pun ada. Banyak haiwan yang ada seperti arnab, kambing, binatang reptilia, burung dan macam-macam lagi. Boleh tangkap gambar bersama haiwan-haiwan yang comel dan pada masa yang sama dapat menerapkan perasaan kasih sayang anak-anak terhadap haiwan. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom

Xploria juga mengadakan Xploria Open Day pada tarikh yang sama dengan menawarkan harga secara kombo.

Tiket dia memang harga mampu milik. Lagi berbaloi kalau korang beli tiket secara kombo. 

Terdapat dua kombo tiket yang ditawarkan iaitu Kombo A dengan Kombo B. Nak tahu apa aktiviti yang terdapat dalam Kombo A dan Kombo B ni, baca dekat bawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiket kombo A

| Kampungmamakcom

Untuk tiket kombo A ni, ianya sesuai sangat untuk seisi keluarga. Kombo A ini menawarkan empat tiket tanpa had umur. Terdapat dua aktiviti yang korang boleh join kalau korang pilih tiket ni iaitu Solar Express dan 1 Donut Boat. Kedua-dua aktiviti ni boleh main empat orang tau. Harganya pula sangat berbaloi. Harga asal tiket ni RM85, tapi kalau korang beli yang dah siap kombo ni, harganya cuma RM60 je. Berbaloi sangat!

| Kampungmamakcom

Tiket kombo B

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom

Tiket kombo B ni pula sesuai untuk dibeli bersama kawan atau bersama pasangan. Kombo B ni menawarkan dua tiket dan dua aktiviti menarik yang korang boleh join. Aktiviti yang ditawarkan dalam kombo B ni adalah Water Biking dan Crazy Kart. Harganya pula lebih murah kalau korang pilih yang kombo ni. Dari RM66 harga asalnya, jadi RM55 untuk pilihan kombo ni.

Korang kalau malas nak drive atau takde transport atau pun malas nak pening cari Gamuda Gardens ni dekat mana, terdapat shuttle percuma yang akan disediakan secara ulang alik daripada MRT Sungai Buloh dan KTM Kuang ke Gamuda Gardens ni. Shuttle service ni untuk makluman korang dibuat bagi menggalakkan carpool. Di samping dapat memudahkan korang, kalau korang naik shuttle service ni secara tak langsungnya korang turut akan menyumbang kurangkan carbon foot print tau. So, apa tunggu lagi? Jangan lupa serbu Gamuda Gardens 13 dan 14 Mei ni tau!

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement