Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Pawagam Dibenar Beroperasi Bermula 9 September

Hiburan

Pawagam Kini Dah Boleh Beroperasi Bermula 9 September


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran SOP Industri Kreatif antaranya panggung wayang dibenarkan beroperasi untuk individu yang sudah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan panggung wayang.

Kebenaran untuk beroperasi semula mulai esok memberi harapan besar kepada pemilik panggung wayang untuk memulihkan perniagaan, menggaji pekerja semula, menayang filem yang tergendala dan menjana pendapatan selepas mengalami kerugian sejak penularan Covid-19 hampir dua tahun lalu.

Perdana Menteri berkata dengan pengumuman oleh Jawatankuasa Khas Pandemik Covid-19 diharap dapat memberi kelegaan kepada 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Pawagam Sedia Kembali Beroperasi, Wajib 2 Dos Vaksin Baru Boleh Masuk

“Persetujuan untuk memberi kelonggaran ini adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

KELONGGARAN SOP FASA 1 BAGI INDUSTRI KREATIF

“Semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa Satu PPN,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Perdana Menteri Umum Kebenaran Pawagam Beroperasi

Menurutnya, aktiviti penyiaran siaran kandungan kreatif, penggambaran, “indoor busking”, aktiviti panggung wayang, persembahan ruang “loungehotel, teater, muzikal dan komedi, pameran seni dibenarkan untuk beroperasi.

Sehubungan pembukaan sektor-sektor tersebut, Ismail menggesa semua pihak terlibat supaya sentiasa mematuhi syarat dan prosedur kesihatan yang ditetapkan sambil menambah kelonggaran tersebut diberikan berasaskan faktor terdapat negeri-negeri mencapai status 80% populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin.

“(Ia) bagi mengelakkan sebarang risiko dan implikasi perundangan, keselamatan serta kesihatan khususnya dalam usaha negara beralih ke fasa endemik Oktober ini,” katanya.

BACA: Selangor, KL & Putrajaya Memasuki Fasa 2, Boleh Rentas Daerah

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement