Hi, what are you looking for?

Mamak News

PDRM akan dapatkan pengesahan penahanan suspek tembak Dr. Fadi


PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan pengesahan daripada sumber-sumber yang sah berhubung dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bahawa pembunuh warga Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh sudah ditangkap oleh pihak keselamatan Gaza.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya akan mendapatkan pengesahan yang jelas terlebih dahulu daripada sumber-sumber yang sah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kita akan dapatkan pengesahan daripada empat pihak iaitu Kementerian Luar Malaysia, Kedutaan Palestin di Malaysia, Polis Antarabangsa (Interpol) dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang mempunyai hubungan baik dengan NGO di Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengesahan ini penting sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan,” katanya kepada Kosmo! bagi mengulas berkenaan dakwaan penahanan itu, di sini hari ini.

Terdahulu, Muhammad Nadir Al-Nuri dalam hantaran di laman Facebook semalam mendedahkan pembunuh pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi sudah ditahan oleh pihak keselamatan Gaza.

Dakwanya, pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit dan perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 21 April 2018, Dr. Fadi maut ditembak oleh dua lelaki bermotosikal yang melepaskan 10 tembakan pada bahagian badan dan kepalanya.

Ketika kejadian sekitar pukul 6 pagi, mangsa dalam perjalanan dari kondominiumnya di Setapak menuju masjid berhampiran untuk menunaikan solat Subuh.

Pembunuhan pensyarah warga Palestin itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications