Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

PDRM Akan Panggil Mohammad Agus Sekali Lagi Ambil Keterangan – KPN


pdrm mohammad agus

PDRM Akan Panggil Mohammad Agus Sekali Lagi Ambil Keterangan – KPN

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil sekali lagi bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff untuk dirakam keterangan, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular sejak Jumaat petang, telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semalam PDRM telah memanggil Mohammad Agus untuk diambil keterangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sepatutnya hari ini sambung (rakam keterangan) tetapi beliau (Mohammad Agus) tidak sihat,” katanya ringkas kepada Bernama semalam.

Razarudin berkata tempat untuk menyambung rakaman percakapan Mohammad Agus akan ditentukan kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar ‘Mr H’ yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti individu berkenaan seperti yang turut dikaitkan dalam kes itu,” katanya.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

BACA: PDRM Umum Pertukaran Lima Pegawai Kanan

The post PDRM Akan Panggil Mohammad Agus Sekali Lagi Ambil Keterangan – KPN appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications