Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

PDT Kerian Patahkan Aktiviti Pencerobohan Tanah Kerajaan Di Bukit Merah


pdt pencerobohan bukit merah

PDT Kerian Patahkan Aktiviti Pencerobohan Tanah Kerajaan Di Bukit Merah

IPOH, 15 Nov (Bernama) — Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian berjaya mematahkan aktiviti pencerobohan tanah kerajaan seluas 15.378 hektar di kawasan tadahan kolam Bukit Merah, Wilayah Pondok Tanjung Hilir Kerian, hari ini.

Pegawai Daerah Kerian merangkap Pentadbir Tanah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan aktiviti pencerobohan berskala besar yang dilakukan beberapa individu tidak dikenali itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Susulan daripada aduan awam itu, kita telah melakukan intipan dan mendapati penceroboh mengorek kolam cetek dan menambak kawasan tepian bagi menambah keluasan tanah daratan dipercayai untuk digunakan bagi kegiatan pertanian.

“Penceroboh telah menanam pokok pisang pada keluasan anggaran sebanyak dua hektar dan tanaman pokok limau seluas anggaran 1.6 hektar di kawasan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, seramai 78 kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan iaitu PDT Kerian, Pejabat Tanah dan Galian Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Kerian, Majlis Daerah Kerian dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian telah melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu bagi menghentikan pencerobohan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Sabli berkata pencerobohan di kawasan tersebut berpotensi mendatangkan risiko pencemaran yang akan menjejaskan bekalan air bersih terutama kepada penduduk di kawasan Perak Utara.

Katanya, selain itu, aktiviti pertanian yang dijalankan di atas tambakan tanah di kawasan kolam juga boleh menyebabkan baja-baja kimia meresap ke dalam air di kolam tadahan itu.

“Kawasan itu kini dalam proses pewartaan dimana ia diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata selain aktiviti pertanian, turut terdapat struktur binaan seperti rumah pekerja dan stor simpanan yang dibangunkan di atas tanah tersebut.

BACA: Tiada Pencerobohan Pendatang Tanpa Izin Dikesan Di Sempadan Negara – Ismail Sabri

“Kawasan pencerobohan adalah agak tersorok dan terlindung daripada pandangan umum. Hasil intipan turut mendapati bahawa pengusaha terus mengusahakan kawasan tersebut seperti biasa tanpa henti,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan penemuan itu, katanya, notis berhubung pencerobohan tanah itu telah diletakkan di kawasan tersebut mengikut peruntukan yang digariskan di bawah Seksyen 425(1)(b) di dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828).

“Mengikut seksyen tersebut, menjadi kesalahan pencerobohan ini dilakukan atas tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah, tambahan pula melibatkan kawasan kritikal seperti kolam Ttdahan Bukit Merah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post PDT Kerian Patahkan Aktiviti Pencerobohan Tanah Kerajaan Di Bukit Merah appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Lifestyle

0 Perjalanan Alyssa dalam Universe Ticket Berakhir, Pengunduran Penuh Spekulasi Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications