Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Pecat Ten Hag tak selesai masalah Man. United


COPENHAGEN – Legenda Manchester United, Paul Scholes tidak merasakan bekas kelabnya itu perlu memecat Erik ten Hag susulan prestasi buruk terutama tewas mengejut 3-4 kepada Copenhagen di Stadium Parken awal pagi tadi.

The Red Devils bermula garang dengan mendahului dua gol tetapi kad merah Marcus Rashford selepas itu menyebabkan mereka tersungkur 3-4 kepada jaguh Denmark itu dalam aksi keempat Kumpulan A Liga Juara-Juara.

Ia adalah kekalahan kesembilan United daripada 17 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini, sekali gus menyebabkan nama Ten Hag, 53, disebut-sebut bakal dipecat tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Scholes, 48, percaya United tidak sanggup berbuat demikian kerana ia boleh meninggalkan impak kepada aspek kewangan apabila difahamkan mereka perlu membayar £15 juta (RM86.30 juta) jika Ten Hag dipecat.

TEN HAG dua dari kiri kini merekodkan kekalahan kesembilan daripada 17 aksi bersama United musim ini AFP

“Saya tidak merasakan Ten Hag dalam keadaan tertekan. Beliau mengharungi musim yang hebat musim lalu dan memberikan sedikit masa kepada pasukan.

“Malangnya sembilan kekalahan daripada 17 perlawanan adalah sesuatu yang tidak bagus buat pasukan.

“Saya tahu pengurus boleh dipecat pada tahun kedua atau ketiga tetapi saya tak merasakan kami (United) sanggup untuk melaluinya lagi,” kata Scholes yang pernah membuat 718 penampilan bersama United.

Advertisement. Scroll to continue reading.

United mendahului dua gol menerusi Rasmus Hojlund pada minit ketiga dan 28, namun kad merah Rashford tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat telah mengubah segala-galanya.

 

FERNANDES tengah meledak gol ketiga United sebelum mereka melepaskan dua lagi gol kepada Copenhagen sekali gus tewas 3 4 di Parken awal pagi tadi AFP

Ia membuka peluang buat tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan 2-2 di penghujung separuh masa pertama itu menerusi Mohamed Elyounoussi dan sepakan penalti Diogo Goncalves.

Bruno Fernandes meletakkan United di hadapan pada minit ke-69 tetapi sekali lagi ia tidak kekal lama apabila Copenhagen bangkit memenangi perlawanan dengan dua gol pantas dalam tempoh empat minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua gol itu diperoleh menerusi Lukas Lerager dan Roony Bardghji masing-masing pada minit ke-83 serta 87, sekali gus melonjakkan Copenhagen ke tangga kedua, manakala United jatuh ke tempat tercorot Kumpulan A. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications