Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

“Pedihnya, Rasa Terbakar & Perut Sebu”- Doktor Kongsi 10 Tips Elak GERD


PEDIH ULU HATI / GERD.

Gastro Esophageal Reflux Disease atau GERD merupakan antara kondisi masalah kesihatan yang dihadapi orang ramai orang tanpa disedari. Mungkin kita hanya menyangka bahawa ketidakselesaan yang dialami hanyalah kembung perut biasa dan hanya sakit di bahagian dada yang biasa, namun inilah antara gejala GERD yang ramai terlepas pandang.

Oleh itu, berikut merupakan antara penerangan dari Doktor Samhan di laman Twitternya tentang tips bagi mengelakkan GERD dan apakah rawatan yang sesuai bagi mengurangkan masalah kesihatan ini. Semoga bermanfaat!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga: “Tidur Kena Tindih Hantu, Kena Jumpa Ustaz Ke?”- Doktor Jelas Maksud Sleep Paralysis Dari Sudut Kesihatan

TIPS UNTUK MENGELAKKAN GERD

| Kampungmamakcom Tanda Gerd

“Sakit di bahagian mana? Boleh tunjuk?”

“Sakit ulu hati. Dari sini rasa terbakar naik keatas. Perut rasa sebu”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD) terjadi apabila otot di bahagian bawah saluran esofagus menjadi longgar dan asid daripada perut naik ke esofagus tidak dihalang.

Asid akan masuk(refluks) ke dalam esofagus serta menghakis dinding esofagus -dan menyebabkan keradangan seterusnya pedih ulu hati berlaku.

1. Bagi pesakit yang obes, penurunan berat badan ke tahap yang ideal dapat mengurangkan masalah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

2. Elakkan makanan berlemak dan pedas yang boleh memberi kesan kepada lapisan perut dan esofagus.

3. Makan makanan yang mengandungi fiber/serat yang tinggi.

4. Elakkan makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur. Tidak baring dalam masa lebih kurang 3 jam selepas anda makan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

5. Kurangkan atau berhenti meminum minuman berkafein/berkarbonat/alkohol.

| Kampungmamakcom

6. Amalkan mengunyah banyak kali sebelum menelan makanan tersebut, kerana lebih lama anda mengunyah, lebih banyak enzim yang akan dirembeskan bersama air liur yg berupaya meneutralkan asid di dalam makanan.

7. Jangan makan dalam keadaan baring atau berdiri. Jangan makan berlebihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

8. Stres menyebabkan lebih banyak asid perut dihasilkan dan boleh mencetuskan rasa pedih ulu hati.

9. Tidur secara mengiring ke sebelah kanan ketika tidur waktu malam juga membantu mengurangkan reflux.

10. Berhenti merokok kerana merokok boleh menjejaskan fungsi otot esofagus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

APAKAH RAWATAN YANG BETUL?

| Kampungmamakcom

– Antasid(untuk meneutralkan asid perut) seperti MMT(magnesium tricylicate Mixture).

– H-2 receptor blockers seperti cimetidine, famotidine, dan ranitidine.

– Proton pump inhibitors (untuk mengurangkan penghasilan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh) seperti pantoprazole,omeprazole dan esomeprazole(nexium).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bantu saya untuk #share info ini sebab ramai yang tidak tahu tips elak masalah pedih ulu hati.

Sumber: Twitter Dr. Samhan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: SirapLimau

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas melalui ‘drama’ keluarga penuh berliku tahun lalu, ibu penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman sekali lagi mengundang perhatian ramai...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Tidak memandang kecantikan semata-mata, pelakon Aedy Ashraf mengakui selesa di sisi Amelia Henderson disebabkan personaliti aktres jelita itu yang membuatkan...

Hiburan

3s SHAH ALAM – Penyanyi Noh Salleh menzahirkan rasa terkejut apabila bekas isterinya, Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak...

Hiburan

3s SARAT nostalgia. Itulah gambaran nuansa konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity apabila Zepp Kuala Lumpur berkumandang dengan deretan lagu malar segar...

Advertisement