Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Pegawai Polis Yongsan Yang Menyiasat Tragedi Itaewon Ditemui Mati


Pegawai Polis Yongsan Yang Menyiasat Tragedi Itaewon Ditemui Mati

Seorang pegawai Balai Polis Yongsan yang terlibat dalam siasatan berhubung kejadian rempuhan orang ramai di kawasan kejiranan Itaewon, Seoul ditemui mati pada Jumaat lalu, lapor Yonhap News Agency.

Pegawai perisikan berusia 55 tahun itu dilaporkan ditemui mati pada jam 12.45 tengah hari di rumahnya di utara Seoul oleh kaum keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Balai Polis Yongsan bersama dengan balai bomba dan pegawai perubatan di daerah itu telah disiasat kerana disyaki mereka gagal memberi respon segera kepada orang ramai yang terbunuh di Itaewon.

Kejadian rempuhan di Itaewon tersebut telah menyaksikan sekurang-kurangnya 156 orang terbunuh pada 29 Oktober lalu.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pegawai perisik tersebut telah disyaki bahawa sewaktu kejadian itu berlaku, dia telah mengarahkan untuk memadamkan laporan risikan dalaman yang telah memberi amaran awal tentang kemungkinan kemalangan berkenaaan.

Tuduhan yang dibangkitkan terhadapnya termasuklah penyalahgunaan kuasa, pemusnahan bukti dan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian.

Pegawai tersebut dilaporkan telah menghantar pesanan mesej ringkas yang mengatakan bahawa dia ingin membunuh diri kepada beberapa rakan sekerjanya pada hari sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis masih lagi sedang meneliti dan menyiasat berkenaan kematiannya.

Terdahulu, insiden yang berlaku pada Sabtu malam 29 Oktober itu telah menggemparkan dunia apabila seramai 156 mangsa telah terkorban.

Kejadian itu bermula apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah Itaewon, Seoul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rempuhan itu disifatkan sebagai insiden terburuk pernah terjadi di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam di perairan pantai selatan pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.

Kejadian berlaku di sebuah lorong sempit sepanjang 40 meter yang menghubungkan restoran dengan jalan utama dan enam orang dewasa tidak boleh melalui kawasan itu pada masa yang sama.

Sumber: Yonhap News Agency

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Diserang vertigo meskipun menyangka kondisi kesihatan dalam keadaan terjaga, pelakon Fizo Omar trauma mengenangkan insiden mengejut yang menimpa dirinya, baru-baru...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Izzue Islam gagal menahan sebak mengenangkan usaha keras isterinya, Awin Nurin yang menjadi tulang belakang kejayaan kariernya sebagai anak...

Hiburan

0 KUALA LUMPUR – “Tiga hari selepas saya lahir, saya diberi kepada datuk dan nenek untuk dijaga. Saya anak yang tidak diinginkan.” Demikian kata...

Advertisement