Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pekerja Swasta Maut Dalam Kemalangan Babitkan 8 Kenderaan


Taiping, 8 Jan- Seorang pekerja swasta maut dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan termasuk sebuah ambulans di KM229.6, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata dalam kejadian pukul 12.35 tengah malam itu, mangsa adalah pemandu kereta Proton Persona dikenali sebagai Muhammad Syahmi Ishak, 21, dari Kampung Baru, Desa Jaya Sungai Semiar, Sik, Kedah.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Osman berkata siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Muhammad Syahmi telah dilanggar sebuah lori dari belakang yang menyebabkan keretanya hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan lalu melanggar tembok batu penghadang jalan di sebelah kanan.

“Pada masa yang sama sebuah lagi kenderaan di lorong kanan telah bergesel dengan kereta mangsa dan berpusing melanggar sebuah ambulans yang bergerak di lorong kiri, manakala empat kenderaan dari arah yang sama telah bergesel dengan kenderaan mangsa,” katanya.

Beliau berkata tujuh pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications