Hi, what are you looking for?

Tempatan

Pelajar Kampung Bemban Naik Bot Tempur ATM Ke Sekolah


JELEBU, 10 Jan (Bernama) — Pengalaman pertama kali menyeberangi sungai menaiki bot tempur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada hari permulaan sekolah mengujakan pelajar yang tinggal di Kampung Bemban, dekat sini.

Laluan utama ke sekolah berkenaan yang terletak di Kampung Jerang itu terputus akibat banjir besar baru-baru ini apabila jambatan yang menghubungkan kedua-dua kampung itu musnah dan kini dalam kerja pembinaan semula oleh pihak Jabatan Kerja Raya.

Seawal 6.30 pagi, anggota ATM telah bersedia dengan sebuah bot bagi membawa kira-kira 20 pelajar berkenaan ke sekolah dengan menyeberangi Sungai Triang menaiki bot pada hari pertama pembukaan sekolah hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bot tempur sepanjang 12 kaki itu dilengkapi jaket penyelamat untuk kegunaan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tipus, SK Simpang Durian, SK Sungai Buloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir.

Biarpun tidak sampai lima minit menyeberangi Sungai Triang itu, Nur Syuhada Zainal, 10 tahun berasa seronok dan bersemangat untuk ke sekolah bersama rakan-rakan.

Sebelum jambatan itu rosak, dia menaiki kereta dipandu ibunya dan permulaan sesi persekolahan hari ini adalah pengalaman pertama menaiki bot ke sekolah serta pulang ke rumahnya di Kampung Bemban.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini merupakan pertama kali saya naik bot ke sekolah, sangat seronok…selalunya ayah hantar saya menaiki motosikal, kali ini sangat berbeza, ini pengalaman yang sangat menyeronokkan,” kata Ahmad Nuzul Haikal Mohd Rosdi, 4.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Durian Tipus Masrawati Mat Ali serta beberapa guru lain dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu turut bersama-sama memastikan keselamatan kira-kira 15 pelajar menyeberangi sungai itu setelah tamat waktu persekolahan.

Ibu bapa pelajar terbabit menunggu di seberang sungai seawal 12 tengah hari untuk membawa pulang anak masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Kisah seorang wanita dikerumuni jemaah ketika waktu solat Jumaat selepas terjaga daripada terlelap, menjadi tular dalam media sosial di Indonesia. Lapor liputan6.com,...

Mamak News

0 Wah! Dengar cerita sekarang ni ada permainan baharu yang semakin mendapat tempat di hati orang ramai. Bukan lato-lato, ya? Ini lain. BACA: Hati-Hati...

Sukan

0 PASUKAN Selangor FC dijangka dapat menggunakan ‘rumah baharu’ mereka, Kompleks Sukan Shah Alam seawal musim 2027 selepas mercu tanda baharu ne­geri Selangor itu...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan bersetuju untuk meneruskan perolehan kumpulan pertama projek kapal tempur pesisir (LCS) seperti dalam perancangan sebelum ini. Bagaimanapun kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications