Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pelajar perubatan mengaku tak salah miliki bahan pornografi kanak-kanak


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SEREMBAN – Seorang pelajar perubatan warganegara Bangladesh sebuah universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Tertuduh, Zobaidul Amin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, Zobaidul yang merupakan pelajar univeesiti swast di ibu negara didakwa bagi lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan suatu pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan perkhidmatan aplikasi Snapchat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mempunyai dalam milikan suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu sebanyak 740 imej digital di dalam telefon bimbit, pemacu USB dan cakera keras.

Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bukit Rasah di sini antara 26 Oktober 2021 sehingga 19 September lalu.

Ketika prosiding, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memohon tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

Zahida berkata, sekiranya ikat jamin diberikan, dibimbangi tertuduh akan meneruskan aktiviti mengarahkan penghasilan pornografi kanak-kanak dan mengganggu mangsa kanak-kanak secara dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, Harvindar Singh pula memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya itu kerana kesalahan dilakukan boleh diberikan ikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan diberikan kepada tertuduh sebanyak RM96,000 iaitu RM8,000 bagi setiap pertuduhan dan dua orang penjamin dalam kalangan warganegara Malaysia.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan serta tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 30 November depan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KEMAMAN – Seramai lapan bekas pembantu pam sebuah stesen minyak di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DAMASCUS: Sejumlah 17 lagi mayat ditemukan selepas sebuah bot yang membawa pendatang dari Lubnan karam di perairan Syria....

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Ketiadaan penggempur utama, Faizal Saari pada siri Jelajah Eropah sama sekali tidak menghadirkan rasa bimbang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Mahkamah Jenayah bagi Rasuah Thailand merampas aset seorang bekas timbalan ketua polis berpangkat Asisten Komisioner Wilayah 8 yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications