Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Pelajar Raih RM50 Ribu, Hidup Mewah Selepas Tawar Servis Jadi ‘BF Online’


Hidup mewah dengan buat servis jadi ‘boyfriend’, tidak kira lelaki atau perempuan

Pelajar Raih RM50 Ribu, Hidup Mewah Selepas Tawar Servis Jadi ‘BF Online’. Satu hantaran tular baru-baru ini di media sosial mengenai seorang remaja lelaki menawarkan perkhidmatan menjadi teman lelaki dalam talian (online).

Difahamkan, antara pakej yang disediakan adalah bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki motosikal jenis Yamaha NVX dengan harga RM169, menghantar bunga pada hari graduasi (RM139), hantar makanan (RM89), panggilan video (RM6) dan banyak lagi.

Dalam pada itu, dia turut menyenaraikan ciri-ciri yang ada padanya adalah berkulit cerah, keitnggian 168 sentimeter dan tinggal di sekitar Lembah Klang dengan berlatarkan gambar-gambar separuh badan, memetik laporan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, dia tidak berminat melakukan perkhidmatan seksual

Meskipun menawarkan perkhidmatan seperti itu dengan tagline ‘privasi anda, keutamaan saya’, dia dan adik kembarnya tidak berminat sekiranya pelanggan mahu melakukan perkhidmatan seksual dan pornografi.

Bagaimanapun, memetik mStar, pelajar tersebut memaklumkan bahawa dia melakukan perkhidmatan itu untuk mendapatkan kewangan bagi menanggung kos pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta, rumah sewa, perbelanjaan harian dan sebagainya.

Dia mahu lakukan kerana dia ‘famous’ di kalangan pelajar kolej

Sementara itu, dia turut menjelaskan bahawa dia mendapat ‘idea’ untuk membuat perkhidmatan tersebut selepas mendapati dirinya sentiasa menjadi perhatian ramai pelajar di kolej dan di tempat awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun begitu, dia mengatakan bahawa servis yang dijalankan itu hanya menerusi komunikasi seperti perbualan telefon dan panggilan video. Malah, sesiapa sahaja yang boleh menjadi pelanggannya sama ada lelaki atau perempuan.

Dia turut menyatakan bahawa perkara yang dilakukannya itu lebih berbaloi kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi selain mampu memperoleh lebih RM50 ribu dalam masa dua bulan.

Tambahnya lagi, bagi perbelanjaan bulanannya adalah sekitar RM7 ribu kerana lebih gemarkan gaya hidup mewah dan berbelanja untuk makanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Mamak News

0 Bebas Selepas Dipenjara 28 Tahun, Ujian DNA Terbaru Buktikan Lelaki Tidak Bersalah Seorang lelaki di California menarik nafas lega apabila dapat mengecapi kebebasan...

Lifestyle

0 Tikter ini didakwa flex barang yang bukan miliknya Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tikter Sering Curi Barang Roommate. Seorang wanita...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications