Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Pelakon Terkenal, Azhan Rani Dilaporkan Terbabit Dalam Kemalangan Jalan Raya


Pelakon, Azhan Rani dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan motosikal dalam kejadian pada tengah hari semalam.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh sahabat baiknya yang juga pelakon terkenal, Beto Kusyairy di Instagram beliau hari ini. Walau bagaimanapun, menurutnya Azhan kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

“Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan pada semua yang beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengahari semalam(Isnin).

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar,” kata Beto menerusi kapysen di Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya lagi, Azhan juga memohon maaf kepada semua kenalan dan pihak media yang menghubunginya secara peribadi kerana dia tidak dapat menjawab panggilan dan mesej buat sementara waktu.

“Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, beliau mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan text untuk sementara waktu ni. Namun beliau tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.

“Sama-sama kita doakan beliau agar segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala..aamin,” ujarnya.

Pun begitu, Beto tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kemalangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis yang membaca perkongsian tersebut rata-ratanya terkejut dan berkesempatan untuk mendoakannya supaya cepat sembuh.

| Kampungmamakcom

Sumber: Beto Kusyairy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement