Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pelepasan fasa ketiga air radioaktif Fukushima berakhir


TOKYO: Pelepasan fasa ketiga air sisa radioaktif yang dirawat daripada loji nuklear Fukushima, Jepun ke Lautan Pasifik berakhir dengan selamat seperti yang dirancang.

Pengeluar makanan laut negara itu sehingga kini terus dikenakan sekatan import China yang dikuatkuasa sejak pelepasan bermula.

Sejumlah besar air sisa radioaktif terkumpul di loji nuklear itu sejak ia rosak akibat gempa bumi dan tsunami besar pada 2011.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jepun mula membuang air sisa yang dirawat dan dicairkan ke lautan pada 24 Ogos dan selesai mengeluarkan kumpulan ketiga sebanyak 7,800 tan semalam.

Proses itu dijangka mengambil masa beberapa dekad untuk selesai.

Pelepasan itu ditentang keras oleh kumpulan nelayan dan negara jiran termasuk China, yang mengharamkan semua import makanan laut Jepun, malah menyerang pengeluar dan pengeksport kerang Jepun serta makanan laut lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengendali loji itu, Tokyo Electric Power Company Holdings (Tepco), berkata keluaran ketiga, seperti dua yang sebelumnya, berjalan lancar.

Sampel marin diuji olehnya dan kerajaan menunjukkan bahawa paras semua radionuklid terpilih jauh lebih rendah daripada standard keselamatan antarabangsa.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, pada Jumaat lalu bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping, di luar sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau meminta China untuk segera menarik balik larangan makanan laut tetapi hanya mencapai persetujuan untuk mencari jalan untuk menyelesaikan pertikaian melalui mesyuarat serta dialog secara membina.

Kedua-dua pihak akan mengadakan mesyuarat pakar saintifik untuk membincangkan pelepasan air terawat tetapi tidak ada jadual untuk penarikan balik larangan itu, kata Kishida.

Kerajaan Jepun membantu untuk mencari pasaran baharu bagi makanan laut Jepun, dan kerajaan pusat serta tempatan melancarkan kempen menggalakkan pengguna Jepun makan lebih banyak ikan bagi menyokong pengeluar makanan laut Fukushima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tepco juga memberi pampasan kepada industri perikanan untuk kerosakan reputasi produknya yang disebabkan oleh pelepasan air sisa, dan berkata ia telah menghantar borang permohonan kepada 580 pemohon pampasan.

Air sisa dirawat untuk membuang sebanyak mungkin radioaktif bagi memenuhi piawaian yang boleh dilepaskan secara sah dan dicairkan dengan air laut sebelum dilepaskan.

Tepco dan kerajaan Jepun mengatakan proses itu selamat, tetapi beberapa saintis berpendapat pelepasan berterusan air yang mengandungi radionuklid daripada reaktor yang rosak tidak pernah berlaku sebelum ini dan harus dipantau dengan teliti.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications