Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Peluang akhir Speedy Tigers ke Olimpik


SKUAD hoki lelaki negara kini dalam fasa persiapan terakhir sebelum berlepas ke Muscat, Oman dengan misi memburu salah satu daripada tiga tiket ditawarkan ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Kelayakan Olimpik bermula 15 hingga 21 Januari ini.

Realistiknya, inilah peluang terbaik buat Speedy Tigers untuk merealisasikan impian beraksi di bumi Perancis pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan, sekali gus menamatkan penantian 24 tahun negara ke pentas Olimpik.

Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di pentas berprestij dunia itu adalah sewaktu edisi 2000 di Sydney, Australia yang ketika itu pengurus pasukan sekarang, Datuk Mirnawan Nawawi masih mengetuai jentera serangan skuad hoki negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua jurulatih Speedy Tigers, A. Arul Selvaraj menegaskan, barisan kejurulatihan dan Konfe­derasi Hoki Malaysia (MHC) telah memberikan segala-galanya kepada para pemain dan kini sudah tiba masanya mereka membalas kepercayaan tersebut.

“Saya serahkan kepada pemain, semuanya terletak kepada mereka untuk mengambil tanggungjawab dan memberikan kemahuan tinggi layak ke Olimpik. Kalau semua ada kemahuan tinggi untuk menang, makan dan tidur dengan betul, maka kita ada peluang cerah.

“Kalau mereka balik tidur tak fikir mengenai apa yang perlu dilakukan, maka susahlah. Pemain perlu ambil tanggungjawab lebih untuk layak ke Olimpik. Saya dah bagi semua, saya tak mahu alasan lagi, mereka perlu buktikan di atas padang,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
ARUL menuntut para pemainnya menunjukkan kemahuan tinggi untuk merebut tiket ke Olimpik Paris 2024

Speedy Tigers dijadualkan bertolak ke Oman pada 11 Ja­nuari untuk menghadapi dua aksi persahabatan dengan Kanada dan Chile sebelum membuka kempen Kumpulan A menentang China lima hari kemudian.

Skuad negara yang kini di ranking ke-12 dunia, akan meneruskan saingan menentang Great Britain (16 Januari) dan Pakistan (18 Januari) dengan misi menempatkan diri sebagai dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.

Impian Malaysia akan tercapai sekiranya layak ke final, namun tetap mempunyai peluang jika gagal dengan syarat wajib memenangi aksi penentuan tempat ketiga dijangka menentang New Zealand ataupun Jerman.

Meskipun sedar ia bukan tugas mudah, tetapi Arul percaya dengan kemampuan barisan 28 pemainnya termasuk lapan dari skuad remaja yang beraksi pada Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil awal bulan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, Arul juga mengakui, beliau tidak bimbang dengan situasi beberapa watak utama seperti pakar flik, Muhammad Shahril Saabah; penyerang, Faizal Saari dan perancang te­ngah, Mohd. Fitri Saari yang me­ngalami kecederaan sebelum ini.

| Kampungmamakcom
SHAHRIL tengah tidak bermain sebarang aksi pada Jelajah New Zealand awal bulan ini kerana masih belum pulih daripada kecederaan

“Shahril ikut pasukan ke (Jelajah) New Zealand awal bulan ini, tetapi dia langsung tak bermain. Saya bawa juga pemain-pemain yang mengalami kecederaan kerana pasukan perubatan saya berada di sana.

“Mereka gunakan masa itu untuk lakukan rehab dan latihan. Saya kawal waktu permainan mereka supaya tiada apa-apa yang berlaku di sana kerana saya perlukan khidmat pemain-pemain ini di Oman nanti.

“Berita baiknya adalah sekarang saya ada 28 orang termasuk lapan pemain remaja bersaing merebut 18 tempat ke kelayakan nanti. Peluang sentiasa terbuka mereka, jadi manfaatkanlah sebaiknya,” jelas Arul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Speedy Tigers mengharungi prestasi turun naik tahun ini apabila bermula cemerlang pada ­Piala Dunia 2023 di Bhubanes­war-Rourkela, India awal tahun ini, namun terpaksa akur pada saat-saat akhir menamatkan kempen di kedudukan ke-13.

Selepas itu, mereka berjaya meraih naib juara Trofi Juara-Juara Asia di Chennai, India pada Ogos sebelum dikecewakan kegagalan ke separuh akhir Sukan Asia Hangzhou, China apabila terkandas di peringkat kumpulan sebulan kemudian.

Kini, peluang sudah berada di depan mata para pemain dan bangkit menebus kekecewaan itu dengan meraih slot automatik ke Olimpik Paris 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement