Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Peluang ke Olimpik makin kelam


PELUANG beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Perancis pada Julai depan dilihat semakin sukar susulan kekalahan mereka di pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Beregu No.25 dunia itu mengalami nasib sama seperti tahun lalu apabila kali ini tewas menerusi aksi straight-set 11-21, 16-21 kepada pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.

Pei Jing menganggap kekalahan tersebut memberi kesan terhadap peluang mereka dalam memburu kelayakan ke temasya Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris, Perancis pada Julai nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Secara jujur, memang ada beri kesan kepada progres kami untuk ke Sukan Olimpik tetapi tidak mahu fikir banyak mengenai perkara itu. Sekarang hanya fikir untuk kembali ke kelompok teratas dunia.

“Sebenarnya saya rasa sangat segar dan teruja untuk beraksi pada musim baharu, tetapi malangnya, bukan keputusan dan prestasi yang saya bayangkan. Kami kalah kerana diri sendiri, mungkin belum matang untuk berdepan tekanan,” ujarnya.

Gagal menyerap tekanan selain melakukan banyak kesilapan mudah dilihat menjadi punca bekas beregu No.5 dunia itu terpaksa melupakan kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 tersebut lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya rasa perlawanan hari ini (semalam) memang sangat kecewa kerana kami tidak dapat tampilkan aksi terbaik. Namun, saya mahu cakap bahawa kami sudah berikan segala-galanya walaupun kalah.

“Ketika di set kedua, (pemain) Korea cuba naikkan tempo permainan dan pukulan. Memang kami cuba untuk mengatasinya, namun terlalu banyak kesilapan mudah yang dilakukan,” kata Kian Meng ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Untuk rekod, Kian Meng-Pei Jing turut tersingkir di pusingan pertama musim lalu selepas tewas kepada rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, juga menerusi aksi straight-set 15-21, 10-21.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement