Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pelukis guna wanita sebagai berus lukisan


MOSCOW – Seorang pelukis di Rusia mempunyai cara tersendiri lagi unik untuk mewarnakan karyanya dengan menjadikan badan wanita sebagai berus lukisan, lapor laman Oddity Central, kelmarin.

Albert Zakirov  berkata,  teknik tersebut sudah dipraktikkan sejak zaman 80-an lagi ketika dia masih berada di kolej seni lukisan.

“Ketika itu, teknik menggunakan badan wanita sebagai berus dibuat secara rahsia kerana ia terlalu kontroversi untuk dipersembahkan kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hanya pada tahun 2000, saya mula melakukan proses melukis menggunakan badan wanita termasuk wanita bogel secara terang-terangan,” kata Zakirov.

Menurutnya,  pemilihan wanita sebagai ‘berus manusia’ bukan di atas alasan peribadi seperti hubungan intim dengannya tetapi atas kesanggupan model tersebut.

“Namun sekarang, bagi wanita yang mahu menjadi ‘berus manusia’, mereka  diminta untuk memakai pelitup muka agar identiti mereka dilindungi bagi mengelak timbul masalah di masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini kerana kebanyakan teman lelaki wanita-wanita  ini tidak begitu menggemari idea kekasih mereka menjadi berus lukisan,” jelasnya. – Agensi



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications