Hi, what are you looking for?

Mamak News

Peluncur Ski AS Kyle Smaine Meninggal Dunia Dalam Runtuhan Salji Di Jepun


NEW YORK, 31 Jan (Bernama) — Dunia sukan berdukacita dengan pemergian juara ski Amerika Syarikat (AS), Kyle Smaine yang terbunuh dalam insiden runtuhan salji di Jepun, menurut jurugambar Grant Gunderson.

“Semalam adalah mimpi ngeri terburuk saya,” jelas Gunderson di Instagram pada Ahad.

Gunderson, Smaine dan seorang lagi peluncur ski sedang menghabiskan hari terakhir mereka di Pusat Peranginan Ski Tsugaike Kogen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Gunderson tidak menyertai aktiviti meluncur pada hari kejadian.

Ketika kejadian, Smaine dikatakan melambung ke udara setinggi lebih 160 kaki (48 meter).

Sementara itu, bapa kepada pemain ski berusia 31 tahun itu mengesahkan kepada NBC News bahawa anaknya yang memenangi Kejohanan Ski Dunia FIS di Austria pada 2015 – meninggal dunia dalam runtuhan salji, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada hari sebelumnya, Smaine menerusi hantaran di Instagram berkata salji yang luar biasa diikuti ribut tanpa henti dan suasana yang sangat menyeronokkan menjadi antara daya tarikan untuk pergi ke Jepun setiap kali tiba musim sejuk.

Hantaran itu disertakan dengan video yang memaparkan Smaine sedang beraksi.

Bagaimanapun, peluncur ketiga yang dikenal pasti sebagai Adam terselamat selepas tertimbus di bawah salji setinggi lima kaki selama 25 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ribut Salji ‘Gergasi’ Landa US, Suhu Menjunam Dalam Masa 30 Minit

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications