Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pemain Jepun Tinggalkan Bilik Persalinan Dalam Keadaan Bersih, Siap Nota ‘Terima Kasih’ Dalam Bahasa Arab


Pemain Jepun tinggalkan bilik persalinan dalam keadaan bersih dan kemas selepas mempamerkan aksi hebat dalam perlawanan menentang Jerman.

Skuad Blue Samurai kendalian Hajime Moriyasu mencipta kejutan apabila menang tipis 2-1 ke atas skuad Jerman pada perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka semalam.

Kemenangan tersebut pastinya menyuntik semangat positif kepada mereka untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Costa Rica pada Ahad (27 November).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah untuk rekod, Nippon Daihyō kini berada di kedudukan yang kedua di bawah Sepanyol dalam kumpulan E dengan masing-masing mengutip tiga mata.

Imbas kembali perlawanan semalam, Jerman mendahului perlawanan seawal minit ke-32 oleh pemain tengah, Gundogan menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, kedudukan itu tergugat apabila Jepun kembali menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-74 oleh Ritsu Doan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun hanya beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan, sekali lagi skuad kendalian Hajime mengegarkan gol pasukan lawan dengan satu jaringan oleh Asano pada minit ke-82 sekali gus meletakkan Jepun di hadapan.

Keputusan kekal 2-1 sehingga ke wisel penamat, sekali gus membuka mata peminat bola sepak dunia tentang ‘kuasa’ Asia meruntuhkan pasukan gergasi Eropah tersebut.

‘Tinggalkan bilik persalinan dengan bersih dan kemas’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun sementara itu, mungkin ramai yang sudah maklum tentang sikap orang Jepun yang begitu berdisiplin, menjaga kebersihan dan seumpamanya.

Siapa sangka, selain penyokongnya bertindak mengutip sampah di stadium secara sukarela, dalam masa sama pemain-pemain mereka juga turut menampilkan tingkah laku yang sama.

Seperti yang dikongsikan pada laman twitter @sportbible, ia memaparkan bilik persalinan pemain Jepun yang ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan kemas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas kelihatan seperti gambar di bawah, baju jersi dan set persalinan lain dilipat elok-elok dan disusun di ruang tengah.

Malah, pasukan ini juga turut meninggalkan nota serta beberapa origami burung yang diletakkan di atas meja. ‘Shukran‘ yang ditulis dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘terima kasih’ ditulis dalam nota tersebut.

Tindakan sedemikian telah mendapat perhatian warganet dengan memuji-muji sikap ‘warga Jepun’ termasuklah pemain atau penyokongnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini kerana sebelum ini penyokong Jepun turut tular tentang sikap mereka yang mementingkan kebersihan dengan membersihkan stadium sebaik sahaja perlawanan tamat.

Japan left their dressing room spotless after the incredible World Cup win over Germany. Brilliant! 👏🏻🇯🇵 pic.twitter.com/4UR4YVAugn

— SPORTbible (@sportbible) November 23, 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: @sportbible

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications