Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Pemandu Bas Pitam, Hidu Bau Durian Dibawa Penumpang


Tular konduktor bas pengsan selepas hidu bau durian

Pemandu Bas Pitam, Hidu Bau Durian Dibawa Penumpang. Seorang pemandu bas di Thailand baru-baru ini mengalami sesak nafas dan pengsan ketika bertugas selepas salah seorang penumpang membawa masuk durian ketika menaiki pengangkutan awam, lapor Thairath.

Menerusi perkongsian konduktor atau pemandu bas, Kussam Srisong di laman Facebook, mengatakan bahawa dia alah kepada buah durian dan kesan sampingan termasuk sakit dada dan kesukaran bernafas.

Pemandu pengsan, lalu dibawa ke hospital

Malah, pemandu bas itu turut mengkongsikan gambar dia terbaring pengsan di tempat duduk penumpang, sambil dua individu dilihat membantunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, bas itu tertangguh akibat kejadian itu, dan Srisong dikejarkan ke hospital. Dalam catatan Facebook berikutnya, dia menyatakan bahawa dia berasa lebih baik dan telah kembali bekerja.

Durian adalah dilarang dibawa dalam pengangkutan awam di Thailand

Untuk makluman, durian tidak dibenarkan dibawa menaiki pengangkutan awam di Thailand kerana baunya yang kuat. Srisong turut menggesa semua pengguna pengangkutan awam di negara ini supaya tidak membawa masuk durian.

“Apabila anda membawa durian ke dalam bas, bukan anda sahaja yang tidak dapat meneruskan (perjalanan), tetapi ramai yang mungkin pulang lewat kerana anda,” ujarnya menerusi laman Facebook.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications