Hi, what are you looking for?

lamborghini kemalangan di dakwa kereta sewa

Mamak News

Pemandu Dakwa Lamborghini Terlibat Kemalangan Hanya Kereta Sewa


Pada awal pagi semalam sebuah Lamborghini yang dipandu laju telah melanggar beberapa buah kenderaan sehingga menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Tun Razak.

BACA: [VIDEO] Lamborghini ‘Sodok’ Proton Perdana Hingga Terbalik

Memetik laporan Harian Metro, sebuah Lamborghini Gallardo yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Bulatan Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika menghampiri di Jalan Tun Razak, pemandu yang memandu laju terkejut ada kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan lalu hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kereta termasuk Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun sehingga terbalik.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mangsa-mangsa yang terlibat dan pada masa sama turut merakam situasi keadaan semasa. Ada salah seorang pengguna jalan raya tersebut sempat berjumpa dengan dua orang pemuda yang berada di dalam Lamborghini ketika kejadian berlaku.

Dalam rakaman video berdurasi hampir 40 saat, lelaki itu menegur kecuaian dua orang pemuda ‘berduit’ tersebut yang memandu dalam keadaan laju sehingga menyebabkan kesusahan kepada orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Itulah sedarlah awak, memang awak orang kaya tetapi tengok apa yang berlaku,” kata lelaki yang merakam video tersebut.

Salah seorang daripada mereka dengan pantas menafikan dakwaan kereta tersebut milik mereka, sebaliknya Lamborghini itu merupakan kereta sewa sahaja.

“Tak ini bukan kereta saya, ini kereta sewa,” terang pemuda memakai topi yang merupakan salah seorang yang berada di dalam Lamborghini ketika kemalangan tersebut berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Perbualan owner beritahu pekerja bengkel test Lamborghini

Dalam beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp pula, pemilik kepada Lamborghini tersebut menyatakan kedua-dua pemuda tersebut merupakan pekerja bengkel yang menggunakan keretanya untuk pandu uji.

Semasa kejadian berlaku kelajuan kereta dari Itali dikuasakan dengan enjin V10 itu telah mencecah kelajuan 200km/j dan pemandu tersebut mendakwa gagal untuk memperlahankan kenderaan kerana ‘brek tidak makan’.

Dalam perbualan yang lain pula pemilik Lamborghini tersebut meluahkan kekecewaan apabila pekerja bengkel itu mendakwa kereta itu adalah ‘kereta sewa’ semata-mata untuk melepaskan diri selepas kejadian kemalangan tersebut berlaku.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata semua pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pada masa yang sama pemandu kereta Lamborghini tersebut didapati bebas daripada penggunaan terlarang setelah melakukan saringan ujian air kencing dan alkohol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sarifudin Mohd Salleh menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor Harian Metro.

Sumber: The Vocket

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications