Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pemandu e-hailing maut dibelasah


PETALING JAYA: Pemandu e-hailing yang dibelasah sekumpulan enam lelaki pada 28 Disember lalu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Disember lalu.

Lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan dibelasah pukul 1.35 pagi pada 28 Disember lalu di tempat letak kenderaan di sebuah pusat hiburan di Kepong dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita berusia 40 tahun yang juga teman wanita mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau,ketika kejadian, wanita tersebut bersama mangsa di parkir belakang pusat hiburan itu didatangi sekumpulan lelaki menarik mangsa keluar dari kereta dan terus memukulnya sehingga menyebabkan pendarahan di kepala.

“Suspek kemudiannya melarikan diri selepas melihat mangsa cedera.

“Hasil siasatan mendapati motif kejadian ada kaitan dengan teman wanita mangsa berselisih faham dengan suspek ketika berada di dalam pusat hiburan itu menyebabkan mereka mengekori wanita tersebut yang dijemput mangsa untuk pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Eng Lai berkata, mangsa  dibawa ke HKL sebelum disahkan meninggal dunia pada 10.50 pagi, 30 Disember lalu.

Ujar beliau, susulan itu, pihaknya bersama Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membuat beberapa siri serbuan di lokasi berlainan untuk menahan suspek.

“Hasil serbuan, enam lelaki termasuk dua beradik berusia 20 hingga 24 tahun di Johor, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah ditahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Turut dirampas, 10 telefon bimbit, pakaian yang dipakai oleh suspek semasa kejadian serta beberapa dokumen berkaitan,” katanya. 

Tambahnya, semakan lanjut mendapati, tiga suspek mempunyai rekod jenayah dan mereka direman  sehingga 13 Januari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications