Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Pemandu Grab Kongsi Kisah Seram Bawa Penumpang ‘Ghaib’


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kewujudan makhluk halus di dunia ini sudah biasa didengari orang ramai, lebih-lebih lagi apabila yang menceritakan kisah tersebut adalah orang-orang tua yang tinggal di kampung, orang yang mempunyai ‘deria keenam’ dan juga paling tidak jangka ialah penghantar makanan (rider) atau pemandu e-hailing seperti Grab.

Baru-baru ini, seorang pemandu Grab bernama Muhammad Noor Izaat berkongsi cerita seram berhubung ‘entiti’ misteri yang dikatakan ‘berlakon’ menjadi penumpang di satu kawasan terpencil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hantaran Facebook lelaki itu, dia menceritakan bagaimana interaksi antara mereka meninggalkan kesan yang mendalam hingga Noor Izaat masih berasa merinding dan seram sejuk apabila mengingati balik kejadian ngeri itu.

Rambut panjang, penampilan menarik, tapi…

Kisahnya bermula, apabila pelanggan perempuan yang di setkan namanya sebagai Patimah membuat tempahan kepada Noor Izzat di sebuah kawasan perumahan di sekitar Puncak Alam.

Mengenakan baju jaket hitam, t-shirt putih dan seluar hitam, Noor Izaat berkata, Patimah mempunyai rambut yang panjang dan cara percakapannya persis seperti negara jiran iaitu Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun penampilannya dilihat cantik dan menarik dengan rambut yang mengurai tetapi apa yang membuatkan Noor Izaat mula berasa pelik ialah dengan bau yang dibawa Patimah ketika dia memasuki kereta.

Seingat Noor Izaat, baunya teramat busuk dan baginya ia tidak padan dengan penampilan yang ditunjukkan oleh wanita tersebut.

“Ini bukan busuk bau kepam atau bau ikan atau peluh, tapi bau dia macam something,” terang Noor Izaat yang mahukan pembaca faham dengan perasaan yang dialaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomSumber: FB Noor Izaat

Dengan keadaan yang berbau pelik, Noor Izaat meneruskan perjalanan tanpa menyoal sebarang pertanyaan kepada wanita tersebut.

Setibanya di lokasi yang di ‘pin’ oleh Patimah, Noor Izaat perasan keadaan sekeliling di kawasan perumahan itu gelap dan tiada kelibat orang kerana jalan terbabit jarang digunakan.

Oleh itu, Patimah meminta Noor Izaat untuk meneruskan perjalanan walaupun dalam hatinya meronta ketakutan namun dia akur kerana wanita tersebut merupakan pelanggannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Noor Izaat kemudiannya memandu hingga jarak lebih kurang 900 meter ke dalam tetapi persekitaran di situ masih gelap, tiada orang mahupun rumah di dalamnya.

“Err…cik, betul ke cik lokasi ini cik? Dah jauh ini ke dalam…Ke apartment yang last tadi?” ujar Noor Izaat kendatipun bau busuk itu masih ada.

Penumpang itu masih berdiam diri, membuatkan Noor Izaat berasa cemas dan tidak sabar untuk keluar dari tempat itu. Sekali lagi dia bertanyakan soalan dengan nada suaranya yang sedikit ketakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cik, maaf. Saya tanya ni. Tak boleh masuk dalam lagi ni. Dalam itu mana boleh masuk dah?

“Tiada rumah pun?! Betul ke lokasi cik ini?” tanya pemandu itu dalam keadaan merinding dengan bau busuk.

Dengan rasa tidak sabar, dia menoleh ke cermin sisi belakang dan apa yang mengejutkan, wanita tadi yang menyuruh untuk dia pergi ke lokasi terbabit telah hilang, ghaib seperti terbang di udara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bau busuk yang menyengat itu perlahan-lahan hilang di dalam kereta tersebut dan tanpa berfikir panjang, Noor Izaat mula undurkan kereta dengan menekan pedal minyak dan pecut selaju mungkin.

| KampungmamakcomSumber: FB Noor Izaat

Dalam keadaan menggigil dan menggelabah, Noor Izaat membuka ke semua tingkap kerana mahu bau itu hilang ditelan dek angin.

Apabila berada di lokasi yang selamat dan berasa tenang, Noor Izaat membuka sejarah aplikasi (history) untuk membuat aduan dan seperti wanita itu juga, pesanan itu telah hilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dah tidak boleh fikir, balik terus. Memang ini kali pertama, depan-depan, dalam kereta kena ganggu dengan makhluk seperti ini.

“Yang hairannya, makhluk ini advance, hantu pakai Grab? Biar betul?” tambahnya.

Noor Izaat masih tidak percaya perkara sedemikian berlaku kepada dirinya dan masih berasa seram serta bingung dengan keadaan yang berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomSumber: FB Noor IzaatKata netizen

Hantaran itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata mereka juga berasa takut walaupun hanya membaca dari sudut pandangan Noor Izaat.

“Fuh meremang baca”
| KampungmamakcomKredit: Facebook“Welcome to Grab’s World”
| KampungmamakcomKredit: Facebook

Berikut adalah tulisan asal Noor Izzat seperti di bawah:

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Muhammad Noor Izaat via Facebook

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas melalui ‘drama’ keluarga penuh berliku tahun lalu, ibu penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman sekali lagi mengundang perhatian ramai...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang didakwa menikahi suami orang di Songkhla, Thailand bertindak menutup...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah mengakui kehamilan keduanya sangat berbeza apabila suaminya, Ubai turut berkongsi alahan yang sama dengannya. Menurut Shila atau...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Penyanyi Amylea Azizan menggesa seorang ejen insurans yang menggunakan kisah penyakit ayahnya sebagai modal promosi agar membuat permohonan maaf terbuka...

Advertisement