Adakah itu satu halusinasi atau…
Pemandu Kongsi Tawarkan ‘Ride’ Untuk Pasangan Misteri Ke Hospital, Kereta Kosong Sebaik Tiba Destinasi. Sama ada anda mahu percaya atau tidak, kisah-kisah terserempak dengan makhluk ghaib boleh menjadi pengalaman yang menggerunkan.
Bagi pemandu ini, pengalamannya membantu menghantar sebuah pasangan suami isteri ke hospital tetapi hanya menyedari kereta itu kosong sebaik tiba destinasi membuatkan netizen berasa seram.

Terjumpa sepasang suami isteri yang mendakwa perlu ke hospital untuk kecemasan
Kisah itu dikongsikan di Facebook melalui Sarawak Roads Updates. Menurut mereka, pemandu yang berkongsi cerita itu adalah sumber yang boleh dipercayai kerana sumber itu sering berkongsi maklumat kepada kumpulan tersebut.
Menurut pemandu berkenaan, dia sedang dalam perjalanan pulang dari Pasir Panjang apabila dia terserempak dengan seorang lelaki yang menghalangnya dan merayu dihantar ke hospital kerana isterinya hendak bersalin.
Difahamkan, kejadian itu berlaku berhampiran sebuah stesen Petronas sekitar jam 7PM – 8PM (20 Mac 2023).

Pemandu itu, yang juga seorang runner Maxim, menawarkan untuk menghantar pasangan terbabit ke hospital secara percuma.
Namun, sebaik tiba di pintu pagar hospital, dia menyedari tempat duduk penumpang kosong. Ketika dia berkongsi cerita itu, dia tidak pasti sama ada mereka ‘hantu’ tetapi dia juga memohon maaf kerana memandu secara laju dan sering memotong sepanjang perjalanan disebabkan keadaan yang mendesak.
“Kawasan simpang tu memang keras,” – netizen
Rata-rata netizen yang membaca kisah itu berasa seram dari pengalaman pemandu terbabit.
Malah, ada yang mengenal pasti lokasi di mana pemandu tersebut menemui pasangan misteri berkenaan mengatakan tempat itu ‘keras’.
Terdapat juga netizen yang membahankan kejadian tersebut. Maklumlah, ketika kisah ni dikongsi, hari pun sudah lewat malam. Mesti ada yang nak sejukkan hati sebelum tidur. 😂
Apakah pendapat anda? Pernah tak korang melalui pengalaman yang serupa ketika melalui jalan ini? Kongsi pengalaman korang di bawah.
Lagi di sini:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
