Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pemandu Lori Dedah Gaji Boleh Cecah RM8000 Sebulan, Netizen Tergamam


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Bukan semua tapi masih ada segelintir rakyat memandang ‘serong’ pekerjaan sebagai pemandu lori kerana bagi mereka kononnya jika seseorang mempunyai pekerjaan ini, maka tiada masa depan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis lori apakah yang dipandu kerana jika individu yang memandu lori ini membawa treler besar, gaji yang mereka akan terima boleh dikatakan lumayan.

Melalui pendedahan seorang pemandu lori di TikTok ini, ramai yang tidak menyangka gaji mereka boleh mencecah sebanyak itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@madrizz_official Balas kepada @mohdfaizalredzuan bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yg paling byk sy terima 🙏 #fypchallenge #fyppage #fypシ #fyp #fypage #masukberanda ♬ suara asli – rainn

Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk, jejaka ini berkongsi slip gajinya kerana ingin menjawab pertanyaan netizen mengenai pendapatannya sebagai seorang pemandu treler.

Difahamkan melalui video itu, gaji basic mereka sebenarnya bernilai RM1,100 sahaja, tetapi bayaran bagi kerja lebih masa (OT) pada hari minggu berserta trip commision yang membuatkan gaji mereka menjadi ‘masyuk’ sehingga boleh raih lebih RM7000.

Secara keseluruhannya, gaji kasar yang diperolehi sebanyak RM8831.96, namun bila sudah tolak EPF serta benda lain, paling-paling gaji yang diterima lebih kurang RM6000. Pendedahan tersebut sudah cukup membuatkan para netizen tergamam sehinggakan video itu meraih sebanyak 2.8 juta penonton.

Dalam pada ada yang terkejut melihat gaji jejaka tersebut sebanyak itu, ada juga yang menyifatkan risiko membawa lori besar adalah sangat tinggi oleh kerana itu berbaloi dengan bayaran yang diterima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAMESTOWN: Seekor kura-kura yang diberi nama Jonathan menyambut ulang tahun ke-190 hari ini, sekali gus menjadikannya sebagai haiwan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ROMPIN – Bagi meringankan beban penduduk Pulau Tioman kerajaan negeri bersetuju mengurangkan kira-kira 60 peratus tambang feri kepada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Gunung Semeru Dilapor Meletus Lagi, Penduduk Terpaksa Dipindahkan INDONESIA – Gunung Berapi Semeru di Lumajang, Jawa Timur dilaporkan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Teka-teki masa depan kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid akhirnya terjawab apabila pemain kelahiran Terengganu itu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications