Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pemandu lori maut rempuh papan tanda jalan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya itu merempuh sebuah papan tanda di Persiaran Paya Terubong 2, Bayan Lepas, di sini hari ini.

Mangsa, S. Kumaravelan, 48, dilaporkan mati ditempat kejadian akibat dihempap tiang konkrit itu dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.20 petang dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berada di lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa tersebut.

“Sebaik pasukan tiba di tempat kejadian mendapati kenderaan terbabit telah melanggar papan tanda jalan dan terdapat seorang mangsa lelaki berada dalam keadaan tersepit di bahagian pemandu.

“Kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa adalah dengan menggunakan peralatan khas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan pada pukul 3.46 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak St John yang turut berada di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.37 petang tadi. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Ahad hujung minggu kebiasaannya masa di rumah bersama keluarga, namun lain pula dengan Perdana Menteri,...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Belgium mendapat perkhabaran yang agak menggembirakan selepas penggempur utama mereka, Romelu Lukaku dilaporkan sudah kembali menjalani...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KYIV: Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh akibat serangan Russia di bandar Kherson, selatan Ukraine sejak tentera pro-Moscow berundur dua...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Minah ini nak perhatian. Nak tunjuk yang dia bagus?” Itu kata pelakon Fezrul Khan berhubung...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications