Hi, what are you looking for?

pemandu myvi kuning selamat

Mamak News

Pemandu Myvi Yang Terselamat Rempuhan Lori Kongsikan Keadaan Terkini


Semalam kami ada kongsikan kisah sebuah lori yang merempuh beberapa buah kenderaan yang hangat menjadi bualan orang ramai, lebih-lebih lagi selepas pemandu kereta Perodua Myvi berjaya keluar daripada kenderaan yang remuk dengan selamat.

Jika dilihat pada keadaan kereta Myvi tersebut, amat mustahil untuk seseorang dapat keluar daripada kenderaan yang sudah hancur remuk tanpa sebarang kecederaan parah.

SUDAH DISCAJ DARI HOSPITAL

Salah seorang rakan kepada pemandu Myvi tersebut telah berkongsi beberapa klip video di TikTok yang mana dia telah menghubungi pemandu itu untuk bertanya khabar dan kisah lebih lanjut mengenai kemalangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pemandu itu atau lebih dikenali sebagai Nik, dia sudah pun keluar daripada hospital selepas membuat rawatan lanjut setelah kemalangan ngeri berlaku kepada dirinya.

Tambah Nik lagi, hasil rawatan lanjut mendapati hidungnya patah, mulut perlu dijahit dan baru sekarang beberapa bahagian di badannya terasa sakit kesan impak hentaman kuat lori pasir tersebut.

@firdaushshm

Reply to @zad.trump Alhamdulillah Abang Nik sudah discharge. ##fyp ##fypシ ♬ original sound – firdaushshm

SISTEM ‘AIRBAG‘ MYVI SELAMATKAN NYAWA

Muka Nik turut mengalami bengkak bengkil akibat sistem keselamatan beg udara kereta Myvi terbuka sejurus lori itu menghentam bahagian belakang keretanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakan Nik menyatakan ramai orang mengatakan kereta Nik tidak mempunyai sistem keselamatan beg udara, namun Nik menyangkalnya dengan menyatakan sekiranya kereta tersebut tidak mempunyai airbag, mungkin dia tidak akan terselamat dalam kemalangan ngeri tempoh hari.

Pada masa yang sama Nik mengucap syukur kepada Allah S.W.T memanjangkan usianya kerana semasa insiden terjadi, rempuhan lori itu menghancurkan struktur kereta Myvi itu betul-betul sehingga di bahagian belakang tempat duduk pemandu dan pada masa yang sama keretanya tidak meletup.

@firdaushshm

Reply to @faraf4uzi Terima kasih kepada semua yang tolong Abang Nik keluar dari kereta. ##fyp ##fypシ ♬ original sound – firdaushshm

Rata-rata ramai orang kagum melihat Nik boleh keluar daripada tingkap hadapan yang sudah pecah. Namun sebenarnya, dia meminta pertolongan orang ramai di tempat kejadian untuk ‘membuka’ laluan supaya Nik boleh keluar daripada keretanya yang hancur remuk itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak boleh keluar juga dari tingkap waktu itu, kereta itu sudah remuk jadi bentuk ‘V’. Lepas itu saya minta tolong orang ramai tarik kereta itu untuk besarkan ruang, barulah saya boleh keluar,” terang Nik kepada rakannya melalui perbualan telefon.

Apabila ditanya mengenai pemandu lori yang melanggarnya, Nik menyatakan dia sendiri langsung tidak tahu bagaimana dengan pemandu tersebut dan hanya memaklumkan akan membuat laporan polis pada hari berikutnya.

@firdaushshm

Reply to @wanfazrel Ramai nak tahu siapa driver lori tu tapi Abang Nik pun tak perasan siapa. ##fyp ##fypシ ♬ original sound – firdaushshm

Sebelum mengakhiri perbualan, Nik sekali lagi mengucapkan syukur kerana terselamat daripada kemalangan ngeri yang menimpa dirinya baru-baru ini. Bagi Nik, kejadian tersebut umpama satu ‘keajaiban’ yang dia tidak akan lupa sampai bila-bila.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai rata-rata kagum mendengar cara Nik berbual dengan cukup tenang dan sopan-santun semasa berkongsi keadaan terkini dirinya. Pada masa yang sama netizen memuji Nik kerana dia tidak ‘menunjukkan’ sebarang nada perasaan marah apabila diajukan soalan mengenai pemandu lori yang hampir menyebabkan dia kehilangan nyawa.

Mari kita semua sama-sama mendoakan Nik cepat sembuh seperti sedia kala dan mendapat ganti rugi yang setimpal daripada pihak yang bertanggungjawab.

Kredit: The Vocket

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Myvi Kuning Dilanggar Lori Pasir Hingga Remuk, Pemandu Terselamat

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications