Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pembangkang jangan sombong – Anwar


PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak pembangkang agar tidak sombong, sebaliknya berbincang dengan baik berkaitan permohonan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ia ekoran dakwaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas program Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Shahidan sebelum ini mempersoalkan kewajaran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang disyaratkan dengan meminta sokongan kepada kerajaan terlebih dahulu sebelum peruntukan itu diluluskan.

Shahidan berkata, Perikatan Nasional (PN) sudah mengadakan rundingan membabitkan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang sebanyak dua kali tetapi jawapannya adalah surat yang dihantar terdapat beberapa syarat ketat termasuk memberi sokongan sehingga habis penggal.

Minggu lalu, Ahli Parlimen pembangkang memberitahu bakal menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan untuk kawasan mereka dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata beliau bertemu dua kali dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang mengenai peruntukan kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications