Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pembangunan keupayaan Paskal harus seiring landskap cabaran semasa


LUMUT – Pembangunan keupayaan Pasukan Khas Laut, (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) harus menyeluruh selaras arus pemodenan dan perubahan landskap cabaran semasa walaupun berdepan kekangan peralatan serta persenjataan terbaharu.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, apa yang lebih penting ialah perubahan minda serta penguasaan ilmu dalam meningkatkan tahap kompetensi anggota pasukan elit itu.

Terangnya, evolusi pemodenan global jelas ketara termasuk daripada segi teknologi peralatan pertahanan, persenjataan dan juga latihan ketenteraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Untuk itu, saya ingin memaklumkan bahawa saya serta seluruh kepimpinan TLDM amat peka akan kekangan yang dihadapi Paskal terutamanya daripada segi peralatan dan persenjataan baharu.

“Justeru, ingin saya tekankan bahawa TLDM sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan pengoperasian Paskal dengan sebaiknya,” katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke-40 penubuhan Paskal di KD Panglima Garang, Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Mohd. Reza bagaimanapun mengingatkan bahawa, pembaharuan peralatan sahaja tidak akan dapat dioptimumkan sekiranya minda dan sikap anggota Paskal tidak berubah seiring dengan pembaharuan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, beliau menuntut semua anggota Paskal yang masih aktif berkhidmat untuk menguasai setiap cabang ilmu demi meningkatkan tahap kompetensi serta mutu latihan supaya lebih efektif, mengikut peredaran zaman.

Sementara itu, Panglima Paskal, Laksamana pertama Datuk Mohd. Redzuan Talib berkata, pihaknya tidak pernah berkompromi terhadap kualiti anggota pasukan elit itu.

“Sebagai bukti, daripada 280 yang menjalani ujian asas Paskal tahun ini, hanya 16 orang yang berjaya menamatkan latihan dengan jayanya. Bahkan, latihan berterusan dijalankan dengan pasukan elit Navy Seal dari Amerika Syarikat dan SAS Australia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement